» » Presiden PAS Turun Ke Program Kerajaan


4 April 2017 merakamkan sejarah baru dalam politik tanah air apabila Presiden PAS, YB. Haji Abdul Hadi Awang hadir bersama-sama ke Program Pelancaran Rip-To-Reef dan Majlis Menandatangani MOU antara DOF dan Petronas yang diadakan di Dataran Marang Water Front pagi tadi yang telah di sempurnakan oleh YB. Dato' Seri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.


Keakraban hubungun antara Hadi Awang dan pimpinan UMNO bahagian Marang yang dipimpin oleh YB. Haji A. Latiff bin Awang akan memberi impak dan manfaat yang besar kepada rakyat di Marang khasnya dan di Malaysia amnya.

Kerjasama antara UMNO dan PAS dalam program yang boleh memberi menfaat dan kepentingan kepada rakyat menggambarkan dimensi baru dalam politik tanah air, kata A. Latiff Awang.

Selepas bekerjasama untuk membela rakyat Rohingyapada 4 Disember lalu, kerjasama kedua-dua parti diteruskan lagi di MAHA di Sedang, Selangor tahun lalu.

Perkembangan terbaru ini di lihat akan terus berkembang ke arah yang lebih positif demi melihat agama, bangsa dan tanah air terus terbela dan terpelihara.

Dalam perkembangan berkaitan, Shabery Cheek berkata, pembangunan tukun tiruan di 27 tapak melibatkan 1147 unit tukun tersebut terletak di Ma' Daerah, Rantau Abang, Jambu Bongkok, Kuala Marang, Pulau Bidong, Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Teluk Ketapang, Setiu, Besut dan Pantai Merchang.

Lokasi-lokasi tukun yang dilabuhkan telah menunjukkan impak positif kepada biodiversiti marin. Ini terbukti apabila bilangan dan kepelbagaian spesis ikan bertambah dari 15 spesis kepada 109 spesis yang mewujudkan habitat baharu kepada pelbagai spesis ikan. Ini sekaligus akan membantu meningkatkan pendapan nelayan. ujar beliau.

Dalam perkembangan lain jika dilihat dari perkembangan terbaru hubungan antara UMNO dan PAS dalam berhadapan dengan PRU 14 dan dalam menangani isu-isu semasa, akan dilihat sesuatu yang luar biasa akan berlaku bukan sahaja di Marang tetapi di beberapa negeri terutamanya di Selangor yang sedang heboh isu pertukaran kerajaan dan Menteri Besar Baharu.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply