» » KABINET SETUJU TUBUH RCI SIASAT KERUGIAN URUSNIAGA MATA WANG ASING OLEH BANK NEGARA MALAYSIA



Gambar hiasan
KENYATAAN MEDIA



1. Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1980-an dan 1990-an hari ini telah membentangkan hasil laporannya ke Kabinet. Ini adalah selaras dengan mandat yang diberikan kepada PPK untuk membentangkan hasil laporantersebut kepada Kabinet dalam tempoh tiga bulan selepas penubuhannya.

2. Dalam laporan tersebut PPK mendapati wujudnya kes prima facie bagi kerugian BNM sekitar tahun 1980-an dan 1990-an dan telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi (immunity) di bawah Akta 119.

3. Penubuhan RCI ini juga adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan awam di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan rizab Negara dapat dipastikan. Ini ialah kerana siasatan awal PPK mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar daripada apa yang telah dilaporkan kepada Jemaah Menteri dan Parlimen.

4. PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen.

5.Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor PPK bahawa terdapat keperluan menubuhkan RCI bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian BNM sekitar tahun 1980-an dan 1990-anditeruskan. Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merungkaikan isu ini yang membelenggu Negara sejak 23 tahun lalu.

6. Kerajaan berterima kasih kepada pengerusiPPK, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan ahlinya-ahlinya serta Sekretariat PPK di Kementerian Kewangan yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1980-an dan 1990-an dengan telus, bebas dan adil.



About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply