» » Tanda Muafakat UMNO-PAS




Inilah muafakat apabila kerjasama antara PAS- UMNO akan menguntungkan orang melayu. Akhir-akhir ini kenyataan- kenyataan daripada orang kanan PAS mahupun ngo-ngo pro PAS mula menunjukkan kematangan dan kelihatan memihak kepada orang melayu. Jika dahulu PAS kelihatan bongkak dan sombong dalam mengeluarkan kenyataan namun hari ini tuturnya mula berbeda.

Inilah perbezaan PAS dahulu dan kini, benar kata pepatah, apabila berkawan dengan tauke minyak wangi, harumannya akan terlekat di badan kita juga.

Semasa perasmian Jambatan Pulau Sekati YAB Menteri Besar Terengganu turut sama menjemput Ahli Parlimen Kuala Nerus untuk sama menghadiri majlis itu.

Pembinaan jambatan tersebut telah memberikan kesenangan kepada rakyat Terengganu dan khususnya penduduk Kuala Nerus dan Manir. Masalah kesesakan lalu lintas pada musim perayaan telah dapat diatasi.

Rakyat negeri Terengganu amat berterima kasih kepada penduduk asal yang sanggup bekorban kediaman mereka  demi kesenangan rakyat negeri Terengganu. Semoga Allah swt membalas jasa kamu.

"Dan barang-siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah, niscaya ia akan menerima pahala-nya, dan barangsiapa yang melakukan keburukan sebesar biji zarah, niscaya ia akan menerima balasannya"(Q.S. Az-Zalzalah ayat 7-8)

Tahniah Abdul Halim Mohd yang berlumba mencari kebaikan. Namun belajarlah daripada pengorbanan penduduk kampung.

Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Apa jua matlamat Abdul Halim Mohd semoga Allah swt merahmati.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply