» » » Warga emas kayak solo mengelilingi Semenanjung Malaysia.



Walaupun usia sudah menjangkau 70 tahun tidak menghalang Encik Mansor bin Omar untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti ekstrim seperti kayak merentasi perairan Semenanjung Malaysia.

Beliau yang sedang menjayakan Ekspedisi  Ekspresi  NEGARAKU Kayak Solo 2017 yang disempurnakan pelepasan di check point ke lapan oleh YB. Haji A. Latiff Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi & Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu itu adalah contoh terbaik usia bukanlah penghalang untuk mengejar impian dan cita-cita

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada En. Mansor bin Omar walaupun usia telah menjangkau usia 70 tahun masih bersemangat untuk terus berbakti kepada negeri dan negara." Kata A. Latiff yang juga merupakan Penaung Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu.

"Saya juga berbangga dengan usaha yang dibuat semua pihak terutamanya En. Omar yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Beliau merupakan rakan lama saya semasa saya aktif dalam persatuan rekreasi ini dalam tahun 1986 dahulu." Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang.

"Kerajaan Negeri menghargai dan mengiktiraf usaha yang dibuat untuk kempen cara hidup aktif dan sihat ia juga membantu mempromosikan Negeri Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017." Ujarnya lagi.

Beliau juga berharap program sebegini dijadikan contoh oleh anak-anak muda  untuk terus berbakti kepada negara dan tanamkan semangat cintakan negara dengan melakukan perkara perkara yang boleh mengharumkan nama negeri dan negara.

En. Mansor dijangka tiba di check point ke sembilan di Pantai Rantau Abang pada jam 3 petang nanti.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply