» » EPIC Promosi Teknologi Hijau

Abdul Adzim (kiri) bersama Fuaad (kanan) dan Suhaimi meninjau kerja pemasangan panel tenaga solar di tapak projek Kawasan Perindustrian Telok Kalong. - Foto/berita - Berita Harian

Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) sebuah syarikat milik kerajaan Negeri Terengganu telah melabur Rm75 juta untuk membangunkan loji solar di tapak seluas 28 hektar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.

Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Korporat EPIC, Abdul Adzim Abdul Hamid, berkata loji solar berkenaan akan menjana 18.5 megawatt (MW) elektrik.

Katanya, tenaga elektrik yang dijana akan dijual kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan disambung kepada grid nasional.

"Kita unjur memperoleh hasil jualan elektrik sebanyak RM130 juta dalam tempoh 10 tahun," katanya.

Yang hadir sama Pengurus Besar EPIC GD Solar Sdn Bhd, Fuaad Mohamed Nawawi dan Pengurus Besar EPIC Mushtari Engineering Sdn Bhd, Mohd Suhaimi Ibrahim.

Mengulas lanjut, Abdul Adzim berkata, loji solar itu dijangka mula beroperasi Mac depan selepas fasa ujian tiga bulan bermula pada Januari.

Pembabitan dalam tenaga solar seiring hala tuju syarikat untuk mempelbagai kegiatan selain minyak dan gas.

Pelaburan bijak yang dibuat EPIC dilihat akan mengurangkan kebergantungan sumber tenaga sekarang yang terlalu bergantung kepada sumber petroleum yang boleh menjejaskan rumah hijau dalam masa panjang.

Diharapkan pelaburan berstrategik ini bukan sahaja akan menghasilkan pendapatan yang lumayan malah dalam masa yang sama akan mengurangkan kesan negatif kepada rumah hijau dan isu pemanasan global.

Tahniah EPIC tahniah kerajaan negeri Terengganu.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply