» » Kerana Dendam Rela Gadai Maruah




Suatu ketika selama 22 tahun beliau disanjung kerana banyak menyumbang jasa kepada negara. Kita tidak nafikan beliau sememangnya berjasa. Namun semuanya tinggal kenangan dan sejarah apabila beliau berpaling daripada perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

Semuanya kian jelas dan menyerlahkan sikap sebenar beliau terdedah dengan sendirinya apabila beliau seolah membuka pekung sendiri.

Setiap ungkapan yang beliau lafazkan dahulu seolah-olah terkena kepada batang hidung sendiri.

Setiap gerakannya kini nampak semakin ketara adalah bukan kerana rakyat tetapi kerana dengki dan dendam.

Walaupun telah meletak jawatan sebagai PM, beliau setiap pemimpin yang naik sebagai PM selepasnya mengikut telunjuknya.

Jika mengikut telunjuknya bagaimana seorang PM ingin menjalankan tugas dengan baik sekiranyasetiap perkara yang ingin dilakukan perlu mendapat kelulusan darinya.

Akhirnya akibat tidak dapat mengawal PM Najib, beliau buat kacau sehingga tertubuhnya parti serpihan UMNO iaitu PPBM yang rata-rata ahlinya adalah bekas ahli UMNO.

Beliau suatu ketika adalah seorang yang amat membenci DAP namun hari ini DAP telah menjadi tempat beliau bergantung nasib.

Umum tahu PPBM bukanlah sebuah parti yang kuat walaupun beliau dilantik sebagai Pengerusi PH. Itu hanyalah sandiwara DAP untuk cuba menarik sokongan pengundi Melayu.

Dalam sedar atau tidak DAP hari ini menjadi semakin kuat apabila berjaya menggula-gulakan PAS dalam dua kali pilihanraya. Kesan daripada tindakan PAS yang berdama DAP suatu ketika dahulu menyebabkan ramai pengundi Cina yang beralih arah menyokong DAP.

Akibatnya kuasa politik orang Melayu Islam semakin mengecil di Parlimen. Kesan daripada tindakan PAS itu juga menyebabkan golongan yang anti Islam mula menyerang dan mempersendakan Islam secara jelas dan terbuka.

Walaupun kini PAS tidak lagi bersama dengan pakatan natijahnya ialah segelintir penyokong PAS telah keluar parti dan menubuhkan PAN. Kewujudan PAN hari hanyalah satu lagi sandiwara oleh DAP menggunakan orang Melayu untuk meraih sokongan Melayu. Yang penting bagi DAP ialah mereka berjaya memecahkan undi otang Melayu.

Hakikat yang terpaksa di telah oleh orang Melayu hari ini ialah Politik orang Melayu semakin berpecah (UMNO, PAS, PKR, PAN dan PPBM). Inilah kejayaan besar buat DAP. Maka semakin mudahlah bagi DAP ini untuk menguasai politik di Malaysia.

Dan kini usaha DAP menjadi semakin mudah kerana mereka telah berjaya menjinakkan seekor harimau yang begitu garang menghentam DAP. Dan harimau itu kini yang semakin tua telah berjaya dirantai untuk dijadikan umpan untuk menjinakkan pengundi Melayu.

Sebagai seorang yang waras, yang berfikir menggunakan akal dan iman dan bukannya nafsu amarah, dengki serta dendam pastinya boleh melihat apa yang bakal terjadi kepada nasib agama, bangsa dan tanah air ini sekiranya tersilap percaturan.

Soal pentadbiran sebuah negara bukannya boleh dibuat main-main kerana ia akan mempengaruhi kehidupan di masa depan.

Lihat sahaja apa terjadi kepada negara-negara yang rakyatnya tersilap membuat keputusan. Negara porak peranda dan masa depan menjadi kelam dan gelap.

Pesan saya, buatlah keputusan dengan sebaik mungkin. Najib Razak sebagai PM hari bukan seorang yang bodoh akan membuat sesuatu perkara yang akan merosakkan kepercayaan rakyat kepadanya. Namun kesan daripada fitnah oleh pihak pembangkang, imejnya tercalar. Namun beliau tetap tenang kerana baginya, perjuangan beliau bukan atas nama individu tetapi perjuangan beliau adalah untuk rakyat. Perjuangan beliau demi agama, bangsa dan tanah air.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply