» » 1MDB antara fitnah dan realiti

Badan Siasatan Persekutuan (FBI) sekali lagi melakukan “stunt”, kali ini dengan bantuan Polis Indonesia untuk menahan kapal layar milik Jutawan Jho Low, bernama The Equanimity yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB..

Aset itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ) AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Persoalan penting mengapa sehingga hari ini Jho Low, jutawan dari Pulau Pinang ini, tidak ditangkap pleh FBI atas tuduhan melakukan penggubahan wang haram?

Apa yang berlaku sekarang ialah FBI menangkap Kapal Layar, Lukisan, Hakcipta Muzik dan Filem. Sekurang-kurangnya dahulu, Polis menangkap Anwar Ibrahim selain mengusung tilam bertompok air maninya ke Mahkamah.

Hari ini Jho Low terus bebas tetapi 1MDB yang dibicarakan di media masa antarabangsa dan pentas politik dalam negara. Persoalan ini kita ulang lagi, mengapa FBI tidak tangkap Jho Low atas kesalahan menggubah wang haram?

1MDB Tidak Hilang Duit, Jho Low Gubah Wang Haram Siapa?

Bagi 1MDB mereka tidak kehilangan apa-apa aset atau kewangan kerana berpegang bahawa pelaburan dalam Aabar BVI adalah keputusan perniagaan yang sah antara 1MDB dengan IPIC.

Apa yang DOJ katakan sebagai skandal 1MDB boleh sahaja dikatakan sebagai SKANDAL IPIC. Ini kerana yang menjadi pertikaikan ialah pelaburan 1MDB ke dalam “anak syarikat IPIC”, Aabar BVI.

1MDB melabur dalam Aabar BVI berdasarkan perakuan IPIC ketika itu bahawa ia adalah anak syarikat mereka yang ditubuhkan untuk menguruskan pelaburan 1MDB. Hanya beberapa tahun selepas pelaburan dibuat, (iaitu pada 2016) IPIC menafikannya. Mustahil IPIC tidak sedar sebelum ini kerana perjanjian pelaburan tersebut dibuat dengan liputan meluas media antarabangsa.

Nama pemegang saham dalam Aabar BVI juga adalah nama dua orang pengarah utama IPIC iaitu Khadem Al Qubaisi, (Pengarah Urusan IPIC) dan Mohamed AL-Husainy, Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Pjs (sebuah lagi anak syarikat IPIC). Nama kedua-dua mereka tertera dalam syarikat Aabar BVI.

Justeru jika Jho Low atau sesiapa sahaja menyalahguna wang 1MDB yang telah dilaburkan dalam salah sebuah anak syarikat IPIC ia adalah skandal IPIC, bukannya 1MDB.

Tindakan IPIC memecat dan membekukan akaun Khadem dan Mohamed dengan jelas membuktikan kedua-dua mereka adalah orang yang bertanggungjawab terhadap dakwaan dan tuduhan penyelewengan ini.

1MDB sebagai syarikat yang melabur tidak boleh dipertanggungjawabkan atas penyelewengan membabitkan pelaburan mereka yang diurus oleh IPIC.

Sebagai contoh, anda melabur dalam CIMB Unit Trust. Nazir Razak selaku Pengarah Urusan CIMB mengeluarkan surat menyatakan pelaburan anda hendaklah dimasukkan dalam salah sebuah anak syarikat CIMB. Dokumen yang diperolehi menunjukkan ia sememangnya diuruskan oleh Nazir Razak dan pegawai kanan CIMB. Adakah salah anda jika dana tersebut diselewengkan?

Sudah tentu tidak! Kesalahan adalah atas Nazir Razak dan CIMB. Ia tidak relevan sama ada penyelewengan itu dilakukan bersama dengan sahabat atau saudara anda.

Demikian juga 1MDB. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana semuanya dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang.

Mengapa 1MDB harus mengaku mereka kehilangan wang sedangkan yang hilang wang adalah IPIC menerusi pegawai-pegawai mereka yang korup?

Namun keadilan akan mengambil masa. Sementara itu yang menang ialah sensasi dan gosip.-MYKMU.NET

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply