» » Azmin Luluskan Tanah Untuk Tol, Untuk ECRL Azmin Lengahkan




Enam plaza tol baru yang akan dibina di Lembah Kelang sebenarnya berada dalam tanah di Selangor. Tanah untuk buat jalan bertol itu diluluskan juga oleh Azmin Ali.

Portal pro-Pakatan Harapan (PH) awal-awal lagi mengeluarkan artikel merosakkan persepsi rakyat seolah-olah hanya kerajaan pusat yang membenarkan plaza tol berkenaan dibina padahal ia adalah hasil kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor. Begitu cepat projek yang bawa kepentingan kepada kerajaan negeri, Azmin luluskan.

Lain pula halnya dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan manfaat rakyat seluruh negara serta industri perkapalan negara, Azmin buat tidak tahu dan melengahkan kelulusan untuk penggunaan tanah bagi projek itu.

Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Noor Azlan Salleh kata sehingga sekarang kerajaan negeri Selangor masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh syarikat MRL. Oleh kerana tindakan kerajaan negeri Selangor, projek ECRL terpaksa dimulakan di negeri yang sudah memberikan kelulusan seperti di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Laluan merentasi negeri Selangor adalah yang paling panjang iaitu sejauh 80km dari Gombak ke Pelabuhan Klang dalam fasa kedua projek ECRL dan 19km laluan dalam negeri Selangor dalam fasa pertama. Kerajaan negeri Selangor kini kelihatan seperti ada niat untuk mensabotaj projek ECRL untuk kepentingan pihak lain.

“Saya tidak pasti apa alasan kerajaan Selangor yang masih tidak memberikan kelulusan ta­nah dalam jarak 80 kilometer (km) dari Gombak ke Pelabuhan Klang kepada MRL untuk pembinaan jajaran ECRL di negeri ini” ujar Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Jika projek ECRL ini disiapkan, ia akan menjadi laluan pengangkutan untuk membawa kontena ke Pelabuhan Kuantan yang sedang diperbesarkan untuk menjadi terminal laut dalam yang tidak lama lagi akan mampu menampung kemasukan kapal lebih besar sehingga 200,000 tan berat muatan atau kapal yang boleh membawa 18,000 unit kontena bersaiz 20 kaki.

Kepesatan kadar kemasukan kontena ini akan membuatkan pelabuhan di negara jiran di selatan tanahair menjadi kurang sambutan. Azmin Ali sudah bersekongkol dengan DAP untuk sabotaj ECRL bagi rakan DAP di selatan?

DAP adalah adik kepada PAP. Apakah DAP yang menyuruh Azmin agar mensabotaj projek ECRL dengan melambat lambatkan kelulusan tanah?

Parti sekutu lain dalam PH, PAN, PKR dan PPBM semua tidak ada suara, mereka hanya ikut sahaja apa yang DAP mahu mereka lakukan.

Skandal Tanah di Ijok diam membisu. Pura pura buat sakit pinggang dan kemudian balut tengkuk. Tidak menjawab langsung mana baki RM758.6 hasil penjualan tanah di Ijok. Dalam diam diam juga, rupanya Azmin mensabotaj pula projek ECRL.

Projek ECRL yang akan bawa faedah besar kepada negara bakal menerima nasib sama seperti pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang kini lewat dalam pembinaan hingga sebabkan krisis air berlarutan di Selangor.

Kerajaan negeri Selangor rugi sehingga RM800 juta kerana disebabkan kelewatan itu, dua buah loji rawatan air lain terpaksa dibina untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di negeri Selangor. Azmin masih lagi selesa menjadi Menteri Besar walaupun terdapat begitu banyak isu melibatkan cara pentadbirannya.

Jalan jalan di Selangor masih banyak berlubang. Taman “tema air” bersepah di atas jalan. Duit MARRIS entah dibelanja ke mana, kemudian berbangga rizabnya tinggi. Patut selesaikan lubang jalan lama dahulu. Kalau rakyat terjun dalam lubang itu, boleh sakit pinggang dan tengkuk jadinya.

Namun lebuhraya bertol baru diluluskan tanahnya di Selangor, tetapi projek ECRL cuba disabotaj oleh Azmin.

Stadium Shah Alam pun hendak diswastakan oleh Azmin. Rakyat Selangor nilaikanlah sendiri, inikah kerajaan yang pedulikan rakyat?

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply