» » Anwar menyeleweng....


KUALA LUMPUR 19 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan fahaman pluralisme agama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ingatan bahawa ia merupakan ancaman baru bagi umat Islam di negara ini.

Plurisme adalah satu konsep yang menyatakan semua agama adalah sama. sebagai seorang Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang sedemikian. Islam adalah satu agama yang sememangnya amat berbeza dari semua agama yang ada di dunia ini. Semua agama adalah berlainan dan Islam tidak sepatutnya disamakan dengan mana-mana agama yang ada kerana fahaman dan konsep ketuhanan dalam Islam jelas berbeza.

Dan jika ada sesiapa yang menyatakan semua agama adalah sama jelas dia telah menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya. 

Surah Al-Ikhlas sudah jelas menyatakan bahawa perbezaan yang jelas tentang konsep ketuhanan berbanding agama lain.

Jangan biarkan diri kita mudah diperkotak-katikkan untuk kepentingan orang lain... Gunakan akal kurniaan Allah dengan sebaiknya agar kita hidup bahagia di dunia dan akhirat...

Berikut dilampirkan petikan daripada utusan online...

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan fahaman pluralisme agama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ingatan bahawa ia merupakan ancaman baru bagi umat Islam di negara ini.

Dalam laman sosial twitter milik Ketua Pembangkang itu, beliau dilihat mempertahankan fahaman itu melalui mesej yang disampaikan kepada empat rakan twitternya.

Empat rakan twitter Anwar yang menerima mesej tersebut dan ditulis dalam bahasa Inggeris itu ialah @zahrullail, @nikabdulaziz @niknazmi dan @myberita.

Mesej itu berbunyi seperti berikut: ‘‘Hypocrisy to exhort pluralism and use umno media to condemn it” (Berpura-pura menegur pluralisme dan menggunakan media UMNO untuk mengutuknya).’’

Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Multaqa Guru Takmir Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam turut meminta umat Islam menghindarkannya kerana ia jelas bertentangan dengan akidah serta syariat Islam.

Najib berkata, bagi mengekang pengaruhnya beliau mahu para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.

Ujar Perdana Menteri lagi, hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja.

Pada 14 Disember lalu, ketika wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan, seorang pensyarah menyatakan Anwar merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang sering membawa mesej fahaman pluralisme agama.

Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad berkata, mesej fahaman itu disampaikan sama ada dalam bentuk tindakan mahupun ucapan.

Kata Yusri, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply