» » » Bukti keutuhan UMNO Terengganu...


MARANG 17 Feb.- YAB Dato' Seri Ahmad bin Said berkata, ahli veteren UMNO amat berjasa kepada parti, kerana jika tidak kerana kerja kuat dan usaha mereka UMNO hari ini tidak akan mampu berdiri kukuh seperti hari ini. Beliau juga bersyukur kerana segala permasalahan dapat diatasi dengan baik. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Veteren Mesra bersama pemimpin anjuran APMT Parlimen Marang.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Yahya bin Khatib Muhammad iaitu Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang dan YB Hj. Alias bin Abdullah iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang.


Jika sebelum ini ada suara-suara sumbang yang mengatakan wujudnya kemelut peribadi antara MB dan YB Alias, apa yang dapat disaksikan dalam program ini menafikan segala tohmahan tersebut. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Haji Razali Idris (Naib Ketua UMNO Bahagian Marang), Saiful Bahri Baharuddin (Ketua Pemuda Negeri Terengganu/Marang), Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku (PPD Rhu Rendang), En. Zaidi bin Muda (PPD Bukit Payung) serta barisan kepimpinan UMNO Bahagian Marang yang lain.


Program yang dihadiri lebih daripada 1000 orang ini diserikan dengan penyampaian anugerah kepada anggota veteren yang telah banyak berjasa kepada parti serta sumbangan kerusi roda kepada anggota veteren yang memerlukan.

Program yang diselitkan dengan Marhaban dan Selawat ini juga sempena menyambut Maulidurrasul 1432H.

Apa yang diharapkan UMNO Bahagian marang akan bertambah kuat selepas ini untuk menghadapi PRU ke 13 yang bakal menjelma tidak lama lagi. Kepada semua pejuang UMNO... Selamat berjuang demi memartabatkan AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR tercinta.

Di bawah disertakan beberapa gambar untuk tatapan rakan pembaca...

 YB Alias berkata sesuatu kepada YAB Menteri Besar dan disaksikan oleh YB Yahya...

MB bersama warga UMNO Bahagian Marang sebelum berangkat pulang...

NR mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Besar kerana berjaya mengembalikan ketenangan dan kekuatan UMNO Terengganu.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply