» » Karpal Tak Habis-Habis Derhaka, Biadap!

KUALA LUMPUR 16 Feb – Peguam yang juga Penasihat DAP,  Karpal Singh hari ini dibidas kerana sekali lagi  menunjukkan keangkuhan terhadap institusi kesultanan apabila bertindak di luar batasan mahu menyingkirkan  Pengerusi Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian  Teo beng Hock, Tan Sri James Foong Cheng Yuen daripada mempengerusikan suruhanjaya tersebut.

Exco Pemuda UMNO Lokman Noor Adam berkata tindakan Karpal itu merupakan satu penghinaan kepada Yang Dipertuan Agong kerana pelatikan Tan Sri James Foong Cheng Yuen sebagai pengerusi suruhanjaya tersebut mendapat perkenan baginda.
Justeru tegas beliau, Karpal perlu bertanggungaajwab sepenuhnya terhadap penghinaan berkenaan  yang disifatkan sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan memalukan.
“Kita pun bersimpati terhadap kematian Teo Beng Hock dan melihat kerajaan begitu serius dalam soal ini apabila sedia menubuhkan suruhanjaya diraja untuk merungkai perkara tersebut. Jadi Karpal sepatutnya menjadi seorang peguam yang ikhlas dan bukannya  bersikap sedemikian rupa.
“Beliau perlu memberikan kerjasama dan jangan sesekali mempunyai motif yang tertentu kerana usaha kerajaan itu adalah untuk mencari keadilan kepada semua pihak khususnya keluarga mendiang,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Keluarga Teoh Beng Hock dan peguam-peguam yang mewakili mereka hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.
Peguam Karpal Singh memaklumkan demikian selepas permohonannya untuk menyingkirkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan ditolak oleh panel-panel yang bersidang hari ini.
Karpal, peguam Gobind Singh Deo dan semua ahli keluarga Beng Hock dilihat terus meninggalkan bilik bicara selepas permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman berhubung penyingkiran pegawai pengendali turut ditolak.
Mengulas lebih lanjut, Lokman seterusnya menimbulkan niat sebenar Karpal serta mereka yang terlibat dalam isu terbabit.
“Bukankah sebelum ini mereka mendesak diwujudkan suruhanjaya diraja bagi isu berkenaan. Apa lagi yang tidak puas hati dan tidak kena dengan suruhanjaya tersebut. Lagi pun seperti yang saya tekankan tadi, yang Dipertuan Agong telah memperkenan perlantikan tersebut,” katanya.

OLEH: TG AZMAN TG ABAS.

Crdt: UMNO-online

About Laskar Pelangi

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply