» » Kalaulah Anwar Masih Berada Dalam UMNO, BN…

Penulis terfikir satu perkara.., kalaulah manusia bernama Anwar Ibrahim ni masih bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional dan dia pulak menghadapi tuduhan meliwat bontot si Saiful Bukhari. Apakah reaksi yang akan diberikan oleh puak-puak Pakatan Haram serta gerombolan pengikut-pengikutnya?
Bagaimana pulak dengan komen-komen dari lebai-lebai kangkung didalam parti cap bulan terhadap imej serta kredibiliti Anwar untuk menjadi pemimpin? Dan bagaimana pulak dengan penerimaan pemimpin-pemimpin kiasu serta cauvinist parti roket?
Penulis  pasti tak akan ada seorang pun individu di dalam gerombolan Pakatan yang nak terima Anwar Ibrahim bersama mereka. Apa lagi nak iktiraf Anwar sebagai pemimpin Anugerah Tuhan. Itu semua kalau Anwar masih bersama didalam kelompok kerajaan lahh…
Tapi sekarang ni Anwar Ibrahim sudah ditolak dari barisan kepimpinan kerajaan kerana didakwa melakukan perkara keji yang tak boleh diterima oleh agama. Anwar juga diberikan seluas-luasnya ruang untuk membela diri dan membuktikan dia tak bersalah di mahkamah. Itu penulis rasa sudah cukup adil bagi Anwar.
Yang menjadikan kisah Anwar Ibrahim ni cukup pelik ialah, bagaimana Pas dan Pakatan yang nakkan sebuah negara yang makmur tapi memilih orang yang masih belum berjaya membuktikan dia tak bersalah di mahkamah sebagai Ketua Umum mereka.
Pas yang selama ini mendakwa kumpulan mereka berimejkan Islam, sanggup pulak memilih seorang manusia yang dituduh melanggar hukum Islam sebagai seorang pemimpin tertinggi di dalam usaha menubuhkan kerajaan yang baru di dalam negara. Bukankah itu sesuatu perkara yang amat pelik bin ajaib?
Dah ramai saksi yang tampil di dalam salahlaku Anwar. Dan ramai juga yang buat persepsi mengenai perangai sebenar Anwar di sebalik imej waraknya. Tapi mengapa Pas serta para pengikutnya tak percaya manusia biasa seperti Anwar juga tak terlepas dari melakukan kesalahan?
Anwar telah dipenjarakan di atas kesalahan salahguna kuasa dan dia bernasib baik sebab terlepas dari dakwaan liwatnya yang pertama atas faktor teknikal. Dan seperti yang kita semua tahu, kini Anwar didakwa semula atas kesalahan liwat yang sama setelah ada saksi baru tampil mengaku “diusik” oleh Anwar.
Mengapa para pengikut Pakatan bermati-matian mempertahankan Anwar dan mendahului mahkamah untuk menyatakan yang Anwar tak bersalah?
Bagaimana lagi kita nak tahu sama ada seseorang itu tak bersalah selain dari disahkan oleh mahkamah yang menjadi tempat rujukan undang-undang negara?
Kalau pengikut-pengikut Pakatan mahukan Anwar diadili secara Islamik, pertama sekali.., mengapa tak desak sahaja Anwar supaya bersumpah mubahalah dengan melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi dihadapan kitab suci Quran sepertimana yang dilakukan oleh Saiful?
Tak pun, suruh saja Nik Aziz menemani Anwar ke Mekah dan dengar sendiri Anwar melafazkan sumpah didepan Kaabah. Kalau Anwar boleh terbang ke sini sana merata negara untuk memburukkan imej negara, takkanlah dia tak ada kemampuan untuk naik kapal terbang ke Mekah?
Tak pun, suruh saja Nik Aziz menemani Anwar ke Mekah dan dengar sendiri Anwar melafazkan sumpah didepan Kaabah. Kalau Anwar boleh terbang ke sini sana merata negara untuk memburukkan imej negara, takkanlah dia tak ada kemampuan untuk naik kapal terbang ke Mekah?
Susah-susah sangat, minta saja pihak kerajaan sponsor tiket penerbangan Anwar untuk bersumpah di Mekah tu. Mesti akan ada ramai pihak yang sanggup menaja penerbangan Anwar jika dia mengumumkan hasratnya kepada umum.
Dengan semua persoalan diatas, penulis yakin semakin ramai rakyat Malaysia yang hilang keyakinan bahawa Anwar itu berada di pihak yang benar. Dan penulis rasa, jika Pas dan pemimpin-pemimpin Pakatan masih lagi mahu mempertahankan manusia seperti Anwar, ia hanya akan menyebabkan mereka tewas lebih teruk pada Pilihanraya Umum akan datang.
Pepatah ada berkata.., kebenaran akan muncul juga akhirnya. Dan jika kebenaran itu muncul serta tak menyebelahi Anwar, siapa yang menyokongnya pasti akan menerima kesan buruk yang tak akan dapat dilenyapkan dalam sekelip mata.
Bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru, begitulah dosa-dosa manusia apatah lagi dosa besar seperti yang didakwa kepada Anwar. Hanya masa yang dapat mendedahkan semua cerita sebenar!
Spy Leman

About Laskar Pelangi

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply