» » Kerajaan BN Kerajaan Rakyat....


NR terbaca satu laporan seorang pemimpin PAS dalam harakah daily. Petikan seperti di bawah:

Di Malaysia khususnya, terdapat satu parti yang mirip rejim Hosni, mereka sedang memerintah, serta sedang membelakangi suara rakyat, mereka ialah BN,” kata ADUN Titi serong, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Menurutnya, semasa rejim itu berkuasa, Hosni telah menolak penggunaan dakwat dalam PRU, dalam masa sama menggunakan undi pos dan hanya NDP boleh ada laporan media selain hanya NDP sahaja yang boleh membuat iklan di media.

Selain itu, Hosni juga memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, SB dan juga tentera untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam setiap kali pilihanraya di Mesir.

Selain itu beliu juga berpandangan bahawa beberapa ulasan dari pimpinan BN bahawa Malaysia tidak sama dengan Mesir merupakan bukti bahawa pemimpin BN bimbang mereka akan digulingkan oleh rakyat.

“Di Malaysia BN juga sedang melakukan perkara yang sama seperti Hosni Mubarak, rakyat Malaysia khususnya digesa menilai perbuatan jahat BN di Negara ini” jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.





Siapa sebenarnya yang sedang membelakangi suara rakyat. Kerajaan BN atau pembangkang. Tengok saja contoh, di negeri yang di bawah pemerintahan kerajaan pembangkang tiada satu pun perlakuan dan perbuatan mereka yang boleh dibuat contoh apatah lagi dibuat perbandingan dengan sumbangan Kerajaan BN kepada rakyat. Bahkan kerajaan BN tidak memilih bulu dalam membantu rakyat. 


Kerajaan DAP Pulau Pinang: Kerajaan negeri yang paling zalim pernah ada di Malaysia. Sebab suka roboh kedai rakyat sesuka hati dan tanpa timbang rasa.


Kerajaan PAS Kedah: Tidak ada kemahiran dalam mentadbir kerajaan. Masalah bantuan kepada mangsa banjir pun tidak dibuat secara sistematik harapkan bantuan Kerajaan Pusat (BN) juga.


Kerajaan PAS Kelantan: Memiliki Menteri Besar yang berimej Islam. Tetapi kebajikan rakyat tidak terjaga. Macammana nak mentadbir sebuah negeri secara efektif tandas masjid Negeri pun tidak terurus. Ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke luar Kelantan untuk mencari rezeki.


Kerajaan PKR Selangor: Mentang2la negeri Selangor tu negeri kaya gunakan duit rakyat buat billboard berbau politik. Semenjak mengambil alih pemerintahan daripada BN sampai sekarang Kerajaan PKR Selangor tiada agenda untuk rakyat melainkan penuh dengan aktiviti berbaur politik saja.


Kerajaan mana yang patut digulingkan. Kerajaan BN ke atau kerajaan pembangkang. Jangan asyik menuding jari kepada orang kerana satu jari menghala kepada orang empat jari menghala kepada diri sendiri... Fikir2kanlah...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply