» »Unlabelled » Polis tahan Konvoi Tanpa Permit...

SEREMBAN 13 Feb. - Polis menahan 26 orang termasuk enam wanita dan empat kanak-kanak yang menyertai konvoi 16 buah kereta tanpa permit di bandar ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, sebelum itu pihak polis mendapat maklumat mengenai konvoi haram yang akan melalui bandar ini.

"Polis memantau pergerakan mereka pada pukul 1.35 petang dan kita tahan mereka ketika melalui lampu isyarat Jalan Zaaba, berhampiran Balai Polis Rahang pada pukul 2.15 petang,” katanya kepada pemberita, di sini.

Saiful Azly berkata, beliau berinteraksi dengan ketua kumpulan itu dan memberitahunya bahawa konvoi itu adalah haram dan tiada permit, namun mereka tetap mahu meneruskan perjalanan konvoi. - Bernama


Dengar khabarnya konvoi tersebut adalah dari Hindraf. nantikan laporan terkini dari semasa ke semasa...

Kredit to: Utusan Online, PAPA GOMO

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply