» » PAS ikut PKR???


Gambar Hiasan....


Sejak akhir-akhir ini PAS Kelantan semakin goyah dan kelam kabut. Dengan pelbagai isu melanda. Memang diakui Kelantan merupaka kubu kuat PAS, tetapi fenomena semasa hari ini memperlihatkan sesuatu yang kian berubah. 


Diberitakan hampir 30 orang bekas ahli PAS telah keluar parti dan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai UMNO. Ianya melibatkan bekas pemimpin mengisytiharkan keluar parti secara beramai-ramai dan berikrar menyertai UMNO pada satu majlis khas di Kampung Gong Datuk petang semalam.


Mereka termasuk bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Bunut Rendang, Raja Abdullah Raja Mahmod dan Bekas Ketua Muslimat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Semerak), Noriah Salleh. Masing-masing membawa penyokong mereka untuk menyatakan kesediaan membantu UMNO.


"Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju termasuk arahan pucuk kepimpinannya yang kadang-kadang menghalal dan mengharamkan sesuatu.Sekali boleh dan sesekali tak boleh, ini mengelirukan rakyat terutama perkara yang membabitkan Islam," kata Raja Abdullah kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di kampung berkenaan semalam.


Laporan dari UTUSAN menyebut selain itu pemimpin PAS juga sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap UMNO termasuk isu kafir-mengkafir dan memandang rendah terhadap sesama Islam kerana tidak menyokong perjuangan mereka sedangkan agama Islam melarang keras perbuatan itu.Menurutnya, kesan 'fatwa' yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh kepimpinan Pas turut menjadi punca perpecahan sesama Islam dan mereka sepatutnya dipersalahkan.

Sementara itu,Noriah berkata,beliau terpaksa keluar dari parti itu disebabkan Menteri Besar,Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan menyamakan sifat manusia dengan Allah pada majlis-majlis ceramah yang diadakan oleh parti itu sebelum ini.
Sementara itu, Zawawi berkata, sejak Januari lepas sehingga sekarang lebih 500 anggota Pas terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Selising, Gaal dan Semerak sudah menyertai UMNO.pucuk kepimpinannya yang kadang-kadang menghalal dan mengharamkan sesuatu.Sekali boleh dan sesekali tak boleh, ini mengelirukan rakyat terutama perkara yang membabitkan Islam," kata Raja Abdullah kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di kampung berkenaan semalam.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply