Hari ini jika orang Melayu bercakap mengenai hak mereka dan bangsa mereka serta berkenaan Islam, pasti akan dicop RASIS.
Tetapi apabila bangsa lain membicarakan tentang bangsa mereka, itu dikatakan untuk membela hak mereka sebagai rakyat Malaysia.
Dalam konteks ini dimanakah KEADILAN nya...
Dalam konteks Perlembagaan Negara. Hak Keistimewaan Orang Melayu sudah termaktub didalamnya secara jelas dan sepatutnya sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Begitu juga dengan Agama Islam yang secara rasminya disebut di dalam perlembagaan sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Perlembagaan juga telah mengesahkan tentang hak-hak bangsa lain di dalam perlembagaan.
Jadi tidak perlulah ada manusia yang ingin menjadi HERO kononnya menuntut itu ini yang melangkaui apa yang tercatat dalam perlembagaan semata-mata kerana ada kepentingan peribadi melebihi kepentingan masyarakat Malaysia secara umumnya.
Sebagai orang Melayu yang hak mereka memang termaktub dalam perlembagaan, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan hak mereka daripada disentuh oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.
Sudah lebih setengah abad rakyat Malaysia hidup aman dan damai. Jadi kekalkanlah keamanan itu untuk kepentingan semua...
Kepada mereka yang suka memainkan isu perkauman berhati-hatilah dengan setiap perlakuan anda... kerana suatu masa nanti anda akan menyesal dengan apa yang anda lakukan....Tunggu dan Lihat...
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: