Sehari dua ini kecoh pasal seorang Timbalan Menteri yang juga MP Temerloh nak balun bloggers pro UMNO.
Kenapa dia nak melatah. Takut kena tegur ke...
Dia perlu kaji semula kenapa PRU 12 2008 undi pengundi muda banyak memihak kepada pembangkang sehingga pembangkang merampas bberapa negeri yang strategik.
Bukankah kerana ketika itu cyber war pada ketika itu di takluki oleh mereka yang pro pembangkang... malah kebanyakan daripada mereka dibayar khas untuk menimbulkan popaganda terhadap kerajaan yag memerintah.
Tetapi keadaan hari ini sudah berubah... Rentetan 16 PRK menunjukkan momentum kemenangan dan undian telah kembali kepada UMNO dan BN. Pada awalnya BN sering dilanda kekalahan tetapi pola undi dan sokongan rakyat telah berubah contohnya di Tenang, Kerdau dan Merlimau, BN menang dengan majoriti yang besar. Adakah itu tiada kaitan dengan kepercayaan pengundi muda terutamanya bangsa Melayu telah kembali kepada BN.
Jangan cepat melatah jika ada kritikan kepada kita kerana setiap kritikan daripada org yang menyokong bukan bermaksud untuk enjatuhkan tetapi adalah kritikan membina.
Walaupun NR baru bergerak aktif dalam cywar pro kerajaan ini namun NR sudah lama mengikuti perkembangan cywar pro kerajaan dan pembangkang. Dengan pemerhatian dan penelitian yang dibuat telah terbukti bahawa peranan jentera cyber memang tak dapat dinafikan keberkesanannya. Maka dengan sebab itulah NR tekad untuk berjuang bersama-sama bloggers pro kerajaan yang untuk membela agama, bangsa dan tanah air. Kami bukan berjuang kerana seorang pemimpin... kami berjuang kerana alif, ba dan ta (UMNO). dan PLEASE jangan gertak kami dengan ugutan yang tidak berfaedah.
Kami tidak perlukan belas ihsan sesiapa untuk bergerak. Selama ini kami bergerak atas kekuatan kami sendiri. Berhujan berpanas atas risiko kami sendiri tanpa insuran. Jadi jangan cabar kami...
NR akan tetap berjuang bersama GAP,GOMO,PISAU,AIDC,MIM,PARPU,MEDAN INFO,RBF DAN SELURUH RANGKAIAN BLOGERS PRO UMNO YANG LAIN! akan terus berjuang walau badai datang melanda...
Satu pesanan... jangan terlalu memberi kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik... walaupun kami ini "BODOH" tapi ada juga dari kami yang pernah belajar di universiti. Kami sudah melihat baik buruknya politik kampus.
Satu persoalan untuk timbalan menteri itu: Adakah kami bodoh kerana berjuang membela UMNO-BN.???
Renung-renungkan dan selamat beramal...
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: