Penipuan 1
Mereformasikan institusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
BOHONG
Perkara pertama kononnya menggariskan bahawa mereka akan mereformasi institusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Apa sebenarnya yang hendak mereka reformasikan kerana jelas kesemua ini merupakan satu penipuan nyata.
Reformasi dan penambahbaikan kesemua sektor ini sebenarnya telah lama digerakkan dan digariskan secara jelas oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa peka dalam usaha tranformasi dan improvisasi bagi kesemua institusi kritikal yang disebutkan di atas bagi merealisasikan matlamat konsep 1 Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Kesungguhan Kerajaan dapat dilihat dalam tranformasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi sebuah suruhanjaya yang lebih bebas dan berintegriti di bawah nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hasilnya, suruhanjaya ini menjadi satu badan yang lebih agresif dan bebas dalam usaha menangani rasuah, yang mana menyaksikan benyak kes-kes berprofial tinggi diselesaikan tanpa sebarang pilih kasih.Justeru, apabila pembangkang mengariskan akan mentranformasikan SPRM, timbul persoalan tranformasi bagaimana yang mereka maksudkan kerana sehingga kini, SPRM terbukti mampu menggerakkan fungsinya dengan baik dan berkesan. Jadi apa yang mereka tawarkan sebenarnya merupakan sesuatu yang sudah lama kerajaan lakukan.
Selain itu, apabila mereka mendakwa Suruhajaya Pilihanraya perlu ditranformasikan, hal ini menjadi sesuatu yang sangat melucukan.
Mereka sebenarnya ingin mempersoalkan ketelusan perjalanan pilihanraya yang mereka dakwa penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Persoalannya, adakah benar pilihanraya ini merupakan satu pilihanraya yang tidak adil?
Penjelasannya jika ianya tidak adil dan penuh dengan unsur penipuan, mana mungkin pembangkang memenangi kebanyakan daripada 13 kerusi pilihanraya yang dipertandingkan.
Jadi apa perlunya SPR ditranformasikan sedangkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan telus tanpa sebarang pengaruh politik.
Pembangkang sebenarnya sentiasa berusaha untuk menarik perhatian rakyat dengan isu-isu lapuk yang tidak matang dan diputarbelitkan. Sedangkan hakikatnya, rakyat kini semakin matang dan mampu untuk berfikir sediri dan menilai setiap tindak tanduk pembangkang.
Kesemua tawaran pembangkang kepada rakyat dalam senarai tersebut sebenarnya merupakan satu usaha pembangkang untuk menonjolkan diri sebagai puak polulis yang hanya tahu menawar janji, tetapi tidak mampu untuk menunaikannya.
Tambahan pula, apa gunanya mempercayai sogokan pembangkang, sedangkan hendak memerintah 5 negeri sudah menjadi tunggang langgang, inikan pula memerintah negara.
Kerajaan sebenarnya telah mendahului pembangkang dalam apa yang mereka gariskan dalam manifesto tersebut. Melalui Program Tranformasi Kerajaan (GTP) yang sangat efisien dan sistematik, jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk mentranformasikan pelbagai bidang dan lapangan hidup yang akan memberikan faedah kepada rakyat.
Apa yang pembangkang cuba tawarkan sebenarnya merupakan sebuah peniruan yang mana menunjukkan bahawa meraka ketandusan idea dan secara tidak langsung mengakui usaha kerajaan dlam menjana tranformasi secara menyeluruh.
" Renung2 lah Wahai Umatku...."
No comments: