» » » Janji Palsu Pelan 100 Hari Pembangkang (part 2)

Penipuan 2


Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

KARUT

Selain itu, buat apa hendak dimansuhkan ISA, sedangkan pad atahun 1960, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah diluluskan dan Tunku Abdul Rahman berjanji kepada Parlimen dan negara bahawa kuasa yang diberikan kepada Kerajaan di bawah ISA tidak sesekali akan digunakan bagi mengekang bangkangan dan ketidaksetujuan yang dibuat mengikut undang-undang.

Selama ini ISA telah terbukti dapat mengekang pihak tidak bertanggungjawab daripada memusnahkan negara ini. Pembangkang sendiri kalau bukan kerana ISA pasti mereka sudah kehabisan modal politik.

Hal ini menunjukkan bahawa pembangkang hanya menggunakan perkara ini sebagai tarikan untuk memancing rakyat. Hakikatnya, berkemungkinan, bila mereka memerintah, ISA akan digunakan lebih teruk bagi memastikan mereka kekal berkuasa, sedangkan BN menggunakannya untuk menjaga keselamatan negara. 

Pemansuhan ISA merupakan satu lagi usaha pembangkang hendak memanipulasi situasi. Pembangkang memang ketandusan idea dan mereka pastinya tidak akan mampu menunaikan janji. Jangankan 100 hari, 100 tahun pun belum tentu pasti.

About Laskar Pelangi

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply