» » » Janji Palsu Pelan 100 Hari Pembangkang (part 4)

Penipuan 4

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 billion kepada penjaga bebas) dengan memindahkannya bagi nemapung perbelanjaan subsidi rakyat.

TIPU

Selain itu, pembangkang juga bermimpi untuk merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat. Hal ini pastinya kedengaran baik, sebenarnya ia mempunyai agenda tersendiri yang boleh menhancurkan masa depan negara.

Selama ini, pelan subsidi kerajaan merupakan pelan yang sangat adil dan saksama, baik untuk rakyat mahupun sektor swasta. Kedua-dua sektor kelihatan seimbang dan tidak pernahmenimbulkan masalah yang ketara. Jika subsidi kepada sektor swasta dialihkan secara tidak terkawal kepada pengguna, maka ianya akan menimbulkan iklim ekonomi yang kurang sensitif.

Pelabur-pelabur swasta akan menilai pasaran Malaysia sebagai tidak menarik kerana tiada insentif yang ditawarkan. Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diharapkan pastinya tidak akan dapat dijanakan secara berterusan, bahkan pelabur sedia ada akan angkat kaki dan memindahkan operasi mereka ke tempat lain.Kerajaan tahun ini menyasarkan aliran pelaburan asing sebanyak RM83 billion ringgit, dan jika tiada insentif ditawarkan akibat daripada penarikan subsidi, maka jumlah yang disasarkan tidak akan tercapai.

Inilah sebenarnya bahana jika pembangkang dipilih. Apa yang kelihatan baik di peringkat awal, rupanya mempunyai kesan negatif yang lebih teruk lagi. Tawaran pembangkang merupakan satu perangkap yang akan merapuhkan ekonomi negara dan akan membebankan rakyat.

About Laskar Pelangi

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply