gambar hiasan...
Apa yang menarik perhatian saya hari ini ialah persoalan tentang kesahihan barang bukti iaitu berus gigi, botol air mineral dan tuala good morning yang sebelum ini ditolak oleh mahkamah kerana tidak mendapat kebenaran daripada Anwar.
Dalam keputusan mahkamah semalam pula Hakim membenarkan penggunaan semula barang bukti tersebut. Yang pasti Karpal Singh "talam dua muka" bangkit mempersoalkan tindakan hamim tersebut manakala Anwar mendakwa hakim membuat keputusan tersebut akibat ditekan oleh UMNO.
Hakikatnya ialah dalam perbiacaraan dan pengcarian bahan bukti perlu atau tidak memohon kebenaran tertuduh untuk mengambil barang bukti atau sampel. Sebagai contoh:
"Seseorang dituduh membunuh dan dalam siasatan polis telah menemui sebilai pisau yang digunakan untuk membunuh. Perlukah pihak polis meminta kebenaran tertuduh untuk menyiasat bahan bukti tersebut. Kalau perlu memohon kebenaran tertuduh untuk menggunakan barang bukti tersebut, sudah pasti si tertuduh tidak memberi keizinan kerana dia mungkin disabitkan bersalah."
Dalam soal kemaslahatan awam perkara tersebut perlu diteliti dengan sebaik mungkin.
Anwar kalau dia tidak bersalah apa takut beri je sampel DNA... Apa takut... Berani kerana benar...
Renung-renungkan dan selamat beramal...
No comments: