MASIHKAH KAU INGAT...
ISU 1
Pembohong besar PKR dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor melakukan pembohongan terbesar kepada rakyat dalam sejarah Malaysia dengan mengatakan bakal berlaku peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008
ISU 2
Kerajaan negeri gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.
- Janji sasaran kutipan Rm 150 juta hasil pasir ini disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Menteri Besar.
- Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84.
- Ini hanya 3% sahaja drp jumlah sasaran. Jauh tersasar bagai langit dengan bumi.
ISU 3
Kerajaan Selangor tidak bermoral dan tidak beretika kerana "membeli" hutang daripada Talam Corporation menggunakan duit kerajaan/duit rakyat.
- DUN telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM 392 juta untuk membeli hutang Talam Corp.
- Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit rakyat untuk mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.
- yang pelik, pada masa yang sama kerajaan menekan Yayasan Basmi kemiskinan Selangor (YBK) yang berjuang untuk membasmi kemiskinan sehingga mahu merampas tanah milik YBK.
-Strategi mengambil alih hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu "syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain dan pada masa yang sama setuju unutk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama."
- Memetik kata-kata mantan Setiausaha Agung PKR, Datul Sallehuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai "ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak-penyangak di dalam sektor korporat" (dengan izin-this ia an old trick used by the crooks in the corporate sector.")
will be continued....
No comments: