» » » Kezaliman PAS di Terengganu 1999-2004 (part 4)

Sambungan...



PAS GANTI UMNO???
Rakyat Serik doh WEHHHH!!!


Berikut disenaraikan aksi-aksi terlampau PAS sepanjang 1 penggal memerintah Terengganu...

16) JUAL SYARIKAT KERAJAAN - Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan aset negeri dan rakyat seperti A&W, BABENA dan lain-lain dijual oleh Kerajaan PAS Terengganu.



17) POTONG ELAUN KERJA LEBIH MASA - Memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah kerajaan negeri atas alasan ketiadaan wang sedang dalam masa yang sama rombongan pemimpin kerajaan PAS ke luar negara bersilih ganti dan naik kapal terbang kelas pertama. Tahun 2000 hingga 2002 sebanyak 9 kali Hj. Hadi ke luar negara dengan kos lebih suku juta.


18) RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM MILIK PERKAYA - Asrama Anak Yatim PERKAYA dirampas oleh Kerajaan PAS Terengganu.


19) HALAU PENDUDUK MISKIN - Di bulan puasa (22 Ramadhan 1423 bersamaan 27 November 2002), penduduk miskin dipenempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut yang menyokong UMNO diusir keluar dan pembinaan surau di penempatan itu dihalang oleh Kerajaan PAS melaui Pejabat Daerah Besut.


20) TUKAR PEGAWAI IKUT SELERA POLITIK - pentadbiran Negeri diganggu oleh pihak parti menyebabkan pegawai ditukar sesuka hati. Sebanyak 15 kali pertukaran pegawai tadbir negeri berlaku dalam tempoh tiga setengah tahun PAS memerintah, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


21) PREMIUM TANAK DINAIKKAN - Bayaran premium tanah dinaikkan oleh kerajaan PAS sebanyak 20% berdasarkan harga pasaran semasa, semasa UMNO premium tanah untuk pembinaan  sekolah dinaikkan berlipat kali ganda.


22) LESEN PASIR UNTUK KRONI - Lesen-lesen mengusahakan pasir sungai di Daerah Dungun yang dimiliki oleh UMNO dirampas dan diberikan kepada orang PAS.


23) PREMIUM TANAH UNTUK BINA SEKOLAH DINAIKKAN - Premium tanah untuk pembinaan sekolah dinaikkan berlipat kali ganda.


24) RAMPAS TANAH RAKYAT - Tanah milik orang UMNO di Kerteh yang diusahakan berpuluh tahun dirampas oleh PAS.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply