» » Nalla mahu jumpa pimpinan PAS...


"Jangan biarkan mereka (orang Melayu dan penyokong PAS) terus mempercayai segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar...," S.Nallakarupan. Presiden parti Bersatu India Malaysia (MIUP)

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan mahu berjumpa dengan puck pimpinan PAS bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya ketua pembangkang itu.

Banyak perihal Anwar yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

Perjumpaan itu sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS supaya mereka benar-benar mengenali siapa Anwar.

"Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh buat keputusan dalam parti," katanya.

"Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (PAS) julang sebagai ketua."

"Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak jadi pemimpin."

"Penyokong PAS harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin," dakwanya.

Nallakarupan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Sumber: Utusan Malaysia - 28/03/2011

Psssttt...
Siapa yang tak kenal Datuk Nalla ni.... sememangnya Datuk Nalla seorang begitu rapat dengan Anwar suatu ketika dahulu. Pernah ke hulu ke hilir dengan Anwar. Ummi sudah mendedahkan siapa Datuk Nalla di sisi Anwar.

Jadi segala penjelasan yang cuba dibuat oleh beliau perlu diambil 'cakna' oleh pimpinan PAS jika cadangan Datuk Nalla ini dipersetujui oleh PAS. Buang yang keruh ambil yang jernih. Datuk Nalla tahu apa yang orang lain tidak tahu mengenai Anwar...

Persoalan...???
Mengapa semakin ramai kenalan dan rakan rapat Anwar meninggalkan dan membelakangi Anwar....???

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply