Saya sudah tinggal di Gombak hampir 20 tahun tetapi merasakan wakil kami ini seolah-olah tidak mahu ambil peduli.
Mungkin baginya, masalah kami ini seperti tiada air pada malam hari raya korban, kecurian wayar kabel atau kebanjiran warga asing bukan tanggungjawab beliau dan sebaliknya semuanya adalah di tangan pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain.
Selaku Timbalan Presiden sebuah parti politik, Azmin Ali tidak boleh meninggalkan para pengundi di kawasannya sehingga terpaksa merayu bantuan daripada UMNO Gombak pula.
Ini tidak bijak memandangkan beliau pasti menerima balasannya menjelang PRU 13 nanti. Jadi, cukup-cukuplah dengan politik parti, parlimen dan negara sejak 2008. Tengok-tengoklah kami di akar umbi ini wahai Yang Berhormat yang dipilih pengundi.
BAKAL PENGUNDI (Forum Sabtu- Utusan Malaysia)
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: