Sejak timbulnya revolusi rakyat di negara Asia Barat, kedengaran suara pembangkang yang ingin mencetuskan suasana yang sama di negara ini dengan menimbulkan isu kerajaan BN zalim. Sebenarnya, kezaliman bukan dilakukan oleh BN, sebaliknya di negeri2 diperintah pembangkang. Kerajaan Tunisia tumbang disebabkan penganiayaan yang dilakukan terhadap seorang penjaja buah yang tiada lesen di sana. Tidakkah suasana sama berlaku di Pulau Pinang? Bahkan keadaannya lebih teruk lagi sebab gerai yang dirobohkan lebih banyak dan kebanyakkannya terdiri daripada satu kaum.
Begitu juga suasana yang berlaku di Mesir. Rakyat memberontak kerana peluang pekerjaan sangat terhad dan dikuasai oleh golongan yang rapat dengan pemerintah sahaja. Kadar pengangguran sangat tinggi. Presiden berkuasa terlalu lama. Suasana yang sama berlaku di Kelantan. MB sudah lama berada ditampuk kepemimpinan negeri. Ekonomi tidak berkembang langsung. Pembaharuan yang ada dibuat oleh kerajaan pusat. Selepas 20 tahun memerintah tiada peluang pekerjaan. Oleh itu, revolusi di Malaysia ini eloklah dimulakan di Pualau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor.
PAK ULONG (Forum Sabtu)
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: