» » PRN Sarawak: Pembangkang tewas sebelum berjuang...


Ahkbar SinChew Daily menyiarkan artikel tulisan pengkritik semasa, Ho Li Ping mengenai perbalahan pihak pembangkang berhubung pembahagian kerusi pada PRN Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

Artikel bertajuk “Condong ke kanan atau condong ke kiri” disiarkan dalam ruangan dalam negeri, muka surat 23, pada 25 Mac 2011.


Perbincangan telah hancur lebur. Bermakna kerjasama di antara mereka mengalami jalan buntu. Dalam perjuangan di perbatasan, musuh selalunya akan bersatu padu dan membuat langkah yang seiring dalam mendapatkan habuan daripada pihak mangsa.


Malangnya, oleh kerana setiap parti telah mendapat kemanisan terlebih awal, mereka telah hilang daya pemikiran yang waras dan kabur tentang matlamat perjuangan politik untuk masa depan dan panjang.


Inilah padah kepada sesiapa yang mahu mengecapi kemanisan lebih awal. Segala niat dan matlamat perjuangan mereka yang asal telah tertutup. Sebaliknya, ia digantikan dengan perkataan ‘saya yang lebih hebat’.


Pihak pembangkang saling tuding-menuding dan tidak mahu berbincang antara satu sama lain. Setiap parti hanya berebut-rebut kepentingan sendiri yang ada di depan mata dan langsung tidak menghiraukan mengenai nasib pengundi.


Perpecahan yang berlaku di antara parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya dimulakan adalah umpama pepatah Cina ‘tidur sebantal, mimpi lain-lain’. Ini menunjukkan pada bila-bila masa sahaja pihak pembangkang boleh mengalami kehancuran.


Perbalahan mengenai pembahagian kerusi ini memang tidak dapat dielakkan, malah ia sudah dijangka memandangkan setiap parti mempunyai landasan perjalanan politik yang berbeza dan matlamat perjuangan yang tidak sama.


Apa yang berlaku membuktikan pakatan pembangkang selama ini rupa-rupanya berada di atas landasan yang sangat lemah seperti telur yang mudah terhentak dan pecah.


Tiadanya kerjasama di kalangan pihak pembangkang kerana mereka saling tikam-menikam sesama sendiri dan ia bukan disebabkan ancaman pihak luar atau musuh politik mereka. Akibat perselisihan mengenai perkara yang kecil telah menyebabkan mereka lupa perjuangan lebih besar.


Rakan kongsi lama yang selama ini bersama-sama berjuang dan dikatakan pernah mencabar musuh politik mereka dengan lantang, kini saling bunuh membunuh. Muncung senapang diletakkan di atas kepala sendiri, perbuatan yang melucukan. Ia menjadi bahan ketawa di arena politik, satu persatu kini dipertontonkan.


Persaingan banyak calon di kalangan parti-parti pembangkang akan menyebabkan undi berpecah dan peluang calon mereka untuk menang juga tipis.


Apa yang berlaku ini, jelas sekali tidak dapat menghalang Barisan Nasional (BN) yang selama ini memang sudah pun begitu teguh dan kuat.


Oleh itu, BN hanya perlu menanti tangkapan demi tangkapan ikan yang akan masuk ke dalam pukat mereka.
Pada 16 April ini, sejuta pengundi akan membuat keputusan sendiri dan kepada pembangkang yang sudah terlambat jangan menangis di hadapan Tuhan untuk mengadu pengundi telah tinggalkan mereka.


Sebenarnya pihak pembangkang yang tinggalkan posisi mereka sendiri. Mereka telah hanyut dalam lembah saling tikam menikam sesama sendiri.


Psssttt:


Keresahan yang sedang melanda pembangkang tentang isu pembahagian kerusi dalam PRN Sarawak memang sesuatu yang amat baik untuk BN. Tetapi perkara tersebut jangan terlalu dipandang sebagai modal untuk tidak bekerja keras dalam memastikan kejayaan cemerlang BN di Sarawak.


Jentera BN harus dan wajib berusaha dengan sedaya mungkin untuk mengekalkan majoriti 2/3 kerusi BN di DUN Sarawak.


Ayuh teruskan usaha...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply