» » Sireh Pulang Ke Gagang: 300 ahli PKR kembali ke pangkuan UMNO...

20/03/2011 5:21pm

KUANTAN 20 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu di Pahang, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini.

Antara yang bertindak keluar parti itu ialah pemangku ketua cabangnya, Ibrahim Sidek; Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan; dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab.

Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ”Sirih Pulang ke Gagang” di sini.

Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata, keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja. – Bernama-utusan Online

Pssttt : Alhamdulillah,.. Akhirnya kesedaran rakyat yang dulu menyokong PKR telah kembali kepada jalan perjuangan sebenar. Dengan menyokong PKR siapa yang untung sebenarnya.... Adakah ianya memberi keuntungan untuk agama, bangsa dan tanah air.... menguntungkan Anwar adalah... Dia kaya raya.... Dia buat tanah air ini macam dia seorang je yang punya. Dasar pengkhianat negara...

Kepada penyokong PAS... saya sarankan tepuk dada tanya iman.... Insya Allah... Pintu kebenaran akan terbuka jua akhirnya....

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply