» » » Tsunami tanda kekuasaan Allah...


Tsunami diberitakan telah melanda Jepun petang tadi (11/3/2011). Gegaran sekuat 8.9 pada skala richter tersebut telah meranapkan bangunan di Jepun dan telah menyebabkan berlakunya tsunami dengan ombak setinggi 10 meter.

Ramai ditemui mati. Bandar digenangi lumpur dan aktiviti harian penduduk lumpuh sama sekali. ekoran bencana alam tersebut hampir 50 negara disekitar pasifik diberi amaran berlakunya tsunami.

Sedarkah kita apa sebenarnya makna disebalik apa semua bencana yang sedang melanda dunia kini.

Jika kita kembali kepada ajaran Islam, antara tanda-tanda hari kiamat semakin dekat ialah kerapnya berlaku gempa bumi, banyak berlakunya letusan gunung berapi, banyaknya berlaku perang dan pelbagai lagi tanda-tanda sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah...

Apakah tindakan kita akan segala tanda-tanda tersebut. Umat Islam hari ini masih lena dengan kesenangan hidup malah bercakaran sesama sendiri kerana kuasa, pangkat dan harta yang tidak kekal.

Hari ini kita masih lagi memperkatakan siapa yang lebih Islam. Aku betul dan engkau salah... Aku lebih hebat dan engkau bodoh...Kita bukannya ingin bersatu dan berganding bahu membina satu bangsa yang kuat dan utuh demi agama dan tanah air.

Hari ini juga manusia yang mengaku dirinya beragama Islam sewenang-wenangnya menuduh orang itu fasiq dan orang itu kafir... 

Sedarkah kita bahawa semua itu akan membawa bahana kepada umat secara keseluruhannya. Jika orang yang kita tuduh itu tidak fasiq dan tidak kafir perkara yang dituduh itu akan kembali kepada orang yang menuduh. Nau'zubillah...

Dan hari ini juga orang kafir mangambil kesempatan untuk melemahkan Islam terutamanya orang Melayu di negara kita kerana kelemahan dan kealpaan orang Melayu itu sendiri. Sering bercakaran sesama sendiri, orang lain melihat dengan penuh harapan agar bangsa Melayu akan terus layu dek kerakusan kuasa dan pangkat...

Sudah-sudahlah, harus diingat semua perkara yang kita lakukan sepanjang hidup kita ini akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Mampukah kita untuk menghadapinya....???? Wallahua'lam... Hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui.

klik link ini untuk mengetahui info berikut:

 "Siapa yang menulisnya fasiq!, siapa yang membelinya fasiq!, siapa yang membacanya fasiq!, siapa yang menjualnya fasiq!..." tempik khatib tersebut. Pendek kata siapa saja yang terlibat dengan buku itu adalah fasiq dan tidak selamat !

Renung-renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply