Dalam sejarah perkembangan tamadun Islam terdahulu, umara' atau para pemimpin yang unggul begitu akrab dan selesa dengan para ulama'. bahkan, sikap memanfaatkan tokoh-tokoh ulama' dan kepakaran yang bertaraf tinggi sama ada dari dalam atau luar negara merupakan salah satu ciri uatama yang mencorakkan bentuk kepimpinan Melayu, yang mengangkat ketinggian tamadun Melayu itu sendiri.
Bahkan gabuangan ulama' dan umara' inilah yang mempertahankan jatidiri melayu dan semangat kebangkitan menentang asakan oenjajahan barat.
Pada hari ini, kemerosotan umat Islam bukanlah kerana kemunduran ilmu dan teknologi semasa, tetapi kerana salah faham serta kelalaian ulama' dan umara' dalam melaksanakan tuntutan tanggungjawab masing-masing. Pemimpin tidak seharusnya meraih sokongan dengan hanya bermodalkan semangat, sentimen, emosi atau wang semata-mata.
Kuasa kepimpinan yang diraih tanpa kekuatan keilmuan dan kerohanian tidak akan membawa perubahan yang bermakna kepada umat Islam. Sebaliknya, akan hanya membazirkan potensi dan kekuatan umat Islam dalam persenketaan yang berpanjangan.
Malangnya, apabila ulama' tidak lagi bertindak sebagai penasihat dan pendamai, tetapi turut terlibat dalam percakaran dan perpecahan, sekaligus akan meletakkan nasib umat Islam dalam suasana yang tidak menentu. Oleh itu ulama' dan umara' harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk mendidik umat dengan perjuangan yang murni, berpolitik secara luhur serta mampu merencana dan melaksanakan program pembangunan secara yang menyeluruh, bukan dengan budaya politik mencaci-maki dan sumpah seranah yang nyata bertentangan dengan prinsip kemuliaan nilai ilmu dan Islam.
Al-imam Al-Ghazali ketika mengulas peranan ulama' dan umara' pada zamannya pula menyatakan bahawa:
"Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama' untuk melakukan kerja amar maaruf dan nahi mungkar tanpa mengira sangat tentang kezaliman pemerintah. Mereka percaya bahawa Allah S.W.T akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid kalau ditakdirkan begitu oleh Allah S.W.T. oleh kerana mereka itu ikhlas, bersikap jujur dan menyumbngkan tenaga semata-mata untuk menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya.
Tetapi sekarang lidah para ulama' telah menjadi kelu kerana diikat dengan kepentingan. Kalaupun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang mereka cakapkan.
Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah dan pemerintah rosak kerana ulama'. Sementara ulama' rosak kerana tamak pangkat."
Sebahagian teks khutbah kedua Jumaat 6 Rabiulawal 1432H bersamaan 11 Mac 2011 yang dikeluarkan oleh:
Jabatan Hak Ehwal Agama Negeri Terengganu. (JHEAT)
Renung-renungkan dan selamat beramal...
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: