» » Ulamak Munafik...


Kali ini NR berpeluang sendiri turun ke gelanggang untuk melihat sendiri persediaan jentera parti bertanding dalam PRK DUN Kerdau ini. Malam ini NR berkesempatan singgah di ceramah UMNO di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kg. Peragap dalam Peti Undi Kuala Kerdau.

Antara VIP yang hadir ialah MP Sri Gading iaitu Datuk Haji Muhamed Abdul Aziz. Beliau banyak menempelak sikap sesetengah orang muda terutamanya pelajar universiti yang kini ramai menentang kerajaan kerana termakan umpan puak-puak pembangkang. Melihat kepada Ops Piramid yang boleh dikatakan hampir separuh daripada mereka adalah penyokong pembangkang. Atas dasar sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerajaan tanpa memilih bulu membawa pulang kesemua pelajar Malaysia yang terlibat. Itupun masih lagi tidak mahu berterima kasih dan kata kerajaan zalim dan lambat bertindak. Harus diingat untuk menjalankan sesuatu misi perlu ada perancangan yang teliti bukan main terjah je.

Puak-puak pembangkang hanya pandai berbicara itu ini tapi kerja sikit pun tak ada. Mulut berbunyi tapi tidur terlentang. Semua yang kerajaan buat semua salah. Macamlah kerajaan pembangkang tu hebat. 4 negeri diperintah tak ada yang boleh dibanggakan hanya kedengaran pelbagai polemik yang merugikan rakyat.


Apa yang menarik perhatian NR ialah kelantangan seorang penceramah yang bernama Ustaz Haji Nik Zulkifli Ami Abdullah seorang muaalaf dari Kelantan yang mana katanya ibunya berkuturunan Siam bapanya berketurunan Cina.

"Segala apa yang ada dalam negara ini pada hari ini adalah semuanya disediakan atas kebijaksaan pimpinan UMNO. Tidak ada satupun sumbangan pembangkang melainkan menimbulkan pelbagai keresahan kepada rakyat secara keseluruhannya."

Beliau yang sebelum ini merupakan seorang sami Budha selama 5 tahun berkata Orang Melayu sepatutnya bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu kerana terus Islam tidak seperti orang lain. Mereka sepatutnya bangga tapi ada orang Melayu yang tidak bangga menjadi Melayu.

Beliau juga meminta supaya menilai dengan sebaik mungkin antara Islam agama dengan Islam Parti. Parti PAS bukan agama dan ia hanya sekadar parti yang ditubuhkan atas dasar kekecewaan dan bukan kerana ingin menegakkan Islam. kalau betul PAS ingin menegakkan Islam, PAS tidak akan bersekongkol dengan kafir HARBI iaitu DAP yang terang-terang menentang Islam. Pemimpin dan ulamak PAS terang-terang mempergunakan agama untuk kepentingan puak-puak mereka sahaja bukan untuk kepentingan umum. Mereka berjanji macam-macam dalam pilihanraya tapi tiada satu pun yang ditunaikan. Ini ulamak munafik.

PAS tidak mampu buat apa-apa perubahan kerana mereka hanya ikut telunjuk PKR dan DAP. Dengan kata lain PAS adalah KELDAI tunggangan PKR dan DAP...

DAP GANTI PAS...


About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply