» » » "Janji Kacang Putih" PR menabur manisfesto palsu....

BINTULU 9 April – Tawaran manis manifesto pembangkang menjanjikan pelbagai imbuhan termasuk wang tunai RM200 untuk setiap seorang murid sekolah rendah hanyalah ibarat ‘janji kacang putih’ yang muncul setiap kali tiba musim pilihan raya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sejak sekian lama membelanjakan sehingga RM35 bilion setiap tahun untuk membangun dan memacu program pendidikan negara, antaranya prasekolah.
Dalam aspek ini, beliau mempersoalkan mengapa tawaran RM200 hanya dijanjikan untuk penduduk Sarawak sedangkan tidak ada ganjaran seumpamanya dikeluarkan untuk rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang ditadbir pembangkang.
“Kalau hendak dikirakan RM200 itu apalah yang ada.., dalam satu bulan sudah habis sedangkan kita tanggung percuma persekolahan anak-anak kita dari peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sehingga masuk universiti.
“Ini hanyalah tawaran-tawaran manis semasa pilihan raya, jangan penduduk Sarawak gadai masa depan kerana terpengaruh dengan ganjaran seperti ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan 12 pusat prasekolah Sedidik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Rumah Panjang Sait, Jalan Bintulu-Tatau di sini pagi ini.
Hadir sama Pengerusi SEDC yang juga Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Talib Zulpilip.
Muhyiddin berkata, pendekatan BN dalam merencanakan pembangunan pendidikan negara memfokuskan ‘bila lahir ke dunia sahaja, seorang anak itu akan disediakan prasekolah’.
“Salah satu yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) arahkan saya ialah membina sekolah prasekolah untuk keperluan kira-kira 700,000 kanak-kanak.
“Sekarang pun, ada sejumlah 5.6 juta pelajar yang belajar di semua sekolah seluruh negara dengan yuran masuk sekolah dan peperiksaan tidak dikenakan sebarang bayaran,” katanya.
Mengenai pusat prasekolah Sedidik SEDC, Muhyiddin berkata, kerajaan menyalurkan peruntukan RM1.44 juta tahun lalu untuk membina 12 pusat prasekolah Sedidik.
Sebanyak RM5.2 juta lagi diluluskan kepada SEDC untuk membina 30 pusat prasekolah Sedidik di seluruh Sarawak.
“Dengan adanya prasekolah Sedidik ini, keluarga yang tinggal di rumah panjang tidak payah hantar jauh anak mereka ke sekolah tetapi cukup setengah minit ke sekolah,” katanya.

About Laskar Pelangi

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. salam,,
    perjuangan dalam pernulisan masih jauh,, harap tuan dapat link kan blogs matmalaya disini,,

    http://matmalaya.blogspot.com/

    ReplyDelete