» » » » Kerajaan PAS Kelantan nak beli Air dengan Terengganu...

"1 Malaysia: Nik Aziz..." (gambar hiasan...)


KOTA BHARU 20 April - Kerajaan Pas Kelantan akan berunding dengan kerajaan Terengganu untuk pembelian lima juta liter air sehari dari daerah Besut untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan Semerak di Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman, berkata, langkah itu adalah sebagai satu alternatif mengatasi masalah air yang dihadapi penduduk di Semerak, satu kawasan yang terletak di hujung daerah Pasir Puteh dan bersempadan dengan Besut.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini beliau berkata, kos untuk pembelian air berkenaan belum diketahui.

Pada masa ini, syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk disalurkan ke kawasan Semerak dan juga seluruh daerah Pasir Puteh dan Machang. - Bernama

Bakpe kerajaan PAS Kelatang dok retiadoh nok urus air di Kelatang... Tapi dok ape... Insya Allah sesama saudara ni kita bukan nak jual mahal, Insya Allah kerajaan Terengganu akan tolong...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply