» » » » PANAS: PAS aniaya UUM...


Apa rasionalnya di sebalik kenaikan cukai tanah yang terpaksa ditanggung oleh UUM? Adakah kerajaan PAS kedah sudah tiada sumber untuk menampung perbelanjaan kerajaan. 

Di sebalik isu ini timbul juga masalah bekalan air yang terpaksa ditanggung lebih 20 000 pelajar dan kakitangan di UUM. Masalah bekalan air yang bagai tiada kesudahan di UUM ini semenjak PAS memerintah semakin mengcengkam mereka di UUM. 

Kini timbul pula isu bayaran cukai tanah yang melambung naik yang terpaksa ditanggung sejak 2009 oleh UUM. Sedangkan wang berkenaan boleh digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan UUM.

Pelbagai drama yang dimainkan oleh kerajaan Pakatan haram ini. Ikuti laporan berikut:

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, rayuan itu dikemukakan dua kali pada 2009 dan tiga kali pada tahun lepas.
“UUM telah merayu melalui surat yang dihantar kepada Pengarah Tanah dan Galian Kedah pada 29 April 2009 dan sekali lagi rayuan dihantar terus kepada Menteri Besar Kedah pada 10 Jun 2009, tetapi dukacita rayuan tersebut tidak dilayan.
“UUM sekali lagi mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan juga kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu pada 19 September 2010 dan 22 Disember 2010, namun rayuan UUM masih tidak dilayan,” katanya.
Azizan berkata, kerajaan negeri juga memberi kelonggaran kepada UUM untuk membayar cukai itu secara ansuran agar ia tidak membebankan universiti itu.
Mohamed Mustafa berkata, beliau sendiri pernah bertemu dengan Azizan di pejabatnya pada 25 Julai 2010 untuk merayu supaya kerajaan negeri memberi pertimbangan itu, namun masih gagal.
“UUM terpaksa mengeluarkan peruntukan besar bagi membayar cukai tanah apabila kerajaan negeri sekarang tidak mempertimbangkan permohonan rayuan mengurangkan cukai tanah itu,” jelasnya.
Menurutnya, UUM hanya membayar RM100,000 di bawah kerajaan negeri sebelum ini bermula 2006 hingga 2008, tetapi mulai 2009 universiti itu terpaksa membayar sehingga RM1,744,357 untuk bayaran cukai tanah.
Katanya, UUM bukan sebuah agensi yang mementingkan keuntungan dan ia juga memperuntukkan bajet yang besar daripada peruntukan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara.
“Perbelanjaan ini sudah tentu memberi limpahan ekonomi kepada Kedah. Sepatutnya Kerajaan Pas Kedah menghargai usaha ini dan membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung UUM melalui pengurangan cukai tanah yang boleh disalurkan kepada aktiviti penyelidikan dan penerbitan universiti ini,” jelasnya.


Sepatutnya walaupun UUM di bawah tadbiran Kerajaan Pusat, sebagai sebuah kerajaan yang kononnya membangun bersama Islam sepatutnya lebih bertoleransi dalam isu yang membabitkan pendidikan ini kerana pendidikan merupakan soal pokok dalam Islam.

"ADAKAH PAS BENAR-BENAR MEMPERJUANGKAN ISLAM"...

Renung-renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply