» » » » » PANAS: Antara DS Najib dan Anwar...???


YAB DS NAJIB...

Anak kepada bekas perdana menteri ini mempunyai auranya yang tersendiri. Slogan 1 Malaysia yang dilaungkannya telah diterjemahkan dengan jayanya oleh majoriti rakyat Malaysia. Seorang yang berjiwa besar ini tidak mudah panik dan tidak mudah melatah jika ada sebarang masalah ataupun tohmahan mahupun fitnah yang melanda dirinya.


Dia tetap "COOL" dalam menghadapinya. Beliau pernah dituduh dan masih lagi menjadi bualan pembangkang tentang isunya dengan Altantuya. Dikatakan bahwa beliau adalah dalang disebalik kematian mendiang Altantuya. Malah bukan sahaja beliau malah isterinya juga dikaitkan dengan kematian mendiang.


Namun beliau tidak cepat melatah malah jarang beliau diberitakan menjawab isu yang berkenaan. Beliau telah bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dan tiada kena mengena dengan Altantuya. Dan isu berkenaan telah terjawab apabila Raja Petra Kamarudin, individu yang mencetuskan isu penglibatan beliau dengan Altantuya telah mengaku bahawa segala laporannya sebelum ini dalam blog Malaysia Today telah menafikan penglibatan DS Najib. 

Semuanya telah terjawab dalam temubual eksklusif Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth,Australia baru-baru ini yang disiarkan di Buletin Utama TV3. Apa yang nyata ialah semua tuduhan kini menuding jari kepada Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim.


Anwar Ibrahim seorang insan yang dulunya diwar-warkan akan menjadi seorang perdana menteri paling hebat dalam sejarah Malaysia. Namun diharapkan cerah sampai ke petang rupa-rupanya hujan ditengah hari. Rupa-rupanya Anwar yang sering memperlihatkan dirinya dengan imej Islamik mempunyai "split personality".


Insan yang digelar "anugerah Tuhan" oleh isterinya ini didedahkan telah terlibat dengan pelbagai kes salah laku dan penipuan serta rasuah ketika beliau menjawat jawatan dalam kerajaan. Salah laku seks sama ada dengan lelaki mahupun perempuan, suka membuat fitnah kepada orang lain demi ingin mengangkat dirinya sebagai seorang calon perdana menteri dan dia juga merupakan raja kepada rasuah jika segala apa yang didedahkan oleh Ummi Hafilda menjadi kayu pengukur.


Tembelangnya juga telah pecah apabila sering dilihat ke laur negara dan berjumpa dengan tokoh-tokoh berbangsa yahudi di Amerika. Dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian dialah petualang kepada agama. Dalam isu hak orang Melayu dialah pengkhianat kepada bangsa Melayu. Dalam isu perpaduan rakyat dialah dalang disebalik segala kekalutan yang berlaku selama ini.


Dalam isu seks depan belakang dialah rajanya. Mungkin terselamat dalam kes liwat pertama, muncul pula kes liwat kedua. Belum lagi berakhir kes liwat kedua yang melibatkan pembantu peribadi beliau muncul pula kes video seks yang mana segala bukti yang ada kini menjurus kepada keterlibatan beliau. peguam yang dulu membela beliau dalam kes liwat pertama Zulkifli Nordin telah meninggalkan beliau tetapi orang yang pernah menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti liwat pula kini yang menjadi pegumbela kepada Anwar. Tidak ke pelik tu.


Orang yang pernah menggelar Anwar sebagai Aljuburi juga kini mempunyai hubungan "kamcing" dengan Anwar (MAT SABU). Segala penafian Anwar dan Isterinya juga sebenarnya semakin menampakkan kecelaruan Anwar itu sendiri. Beliau cepat melatah dan mudah marah-marah jika ditanya tentang video seks atau segala isu peribadinya.


Sesunguhnya Anwar memang tidak layak menjadi pemimpin apatan lagi ingin menjadi perdana menteri. Terlalu banyak kecelaruan dan konflik dilihat sedang melanda Anwar ini. Jauh perbezaannya dengan DS Najib. bagai langit dengan bumi. 


Anwar dilihat sebagai seorang yang opportunis manakala DS Najib dilihat penuh ketenangan disebalik rutin kesibukan sebagai seorang pemimpin negara bergelar Perdana Menteri Malaysia. 

PS:
Ayuh selamatkan Malaysia dari tangan pembohong, pengkhianat dan penderhaka yang akan memporak perandakan negara. Teruskan menyokong kerajaan yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan negara....

Berani kerana benar...




About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Salam,

    GT dah link n follow blog anda. Harap begitu juga anda.

    Teruskan blasah fuckatan!

    ReplyDelete