» » PANAS: Shazryl Eskay tidak mahu layan Sivarasa


KUALA LUMPUR 31 Mac - Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini melontarkan lima soalan 'maut' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau tidak berminat untuk melayan amaran peguam ketua pembangkang itu, R. Sivarasa.

Ini kerana individu yang patut menjawab 'soalan maut' tersebut adalah Anwar sendiri memandangkan, soalan tersebut berhubung kait dengan apa yang berlaku di Thailand yang hanya diketahui dan difahami oleh ketua pembangkang itu
"Maklumkan kepada semua sahabat-sahabat, saya tidak perlu melayan kenyataan itu," katanya seperti dipetik dari blog http://kickdefella.wordpress.com, hari ini.

Semalam, Sivarasa memberi amaran supaya Shazryl Eskay berhenti membuat kenyataan 'bodoh' mengenai perjalanan Anwar ke Thailand atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Kenyataan itu dibuat Sivarasa ekoran lima soalan 'maut' bekas Konsul Kehormat Malaysia di Thailand itu kepada Anwar, selepas ketua pembangkang tersebut menyerang peribadinya rentetan pendedahan video seks.

Lima soalan itu adalah sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand; siapa yang menyambutnya di Thailand; di hotel mana beliau menginap; apa ketua pembangkang itu buat di hotel tersebut dan siapa yang bayar semua bil.

Dalam pada itu, Shazryl Eskay sekali lagi membuat Anwar 'panas punggung' apabila mendedahkan, ketua pembangkang tersebut menghubunginya pada hari rakaman video seks didedahkan kepada sekumpulan wartawan baru-baru ini.

Pendedahan itu sekaligus bertentangan dengan dakwaan Anwar bahawa beliau tidak mengenali siapa 'Datuk T' ketika diasak oleh wartawan pada hari yang sama, iaitu selang beberapa jam selepas video seks tersebut didedahkan.
"Dia call dan tanya Eskay, where are you? (Eskay, kamu di mana)," katanya.

Mengulas lanjut, ahli perniagaan itu juga mengakui hubungannya dengan Anwar selaku rakan berhibur cukup akrab mengatasi hubungan ketua pembangkang berkenaan dengan Datuk S. Nallakarupan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Shazryl Eskay memberitahu, dia terpaksa mengambil masa lama sebelum mendedahkan moral ketua pembangkang itu disebabkan tiada bukti.

"Apa bukti nak sokong dakwaan saya? Tapi bila saya dapat video ini, bukti itu diberi kepada saya," katanya.

sumber: utusan

"Berani kerana benar, takut kerana salah...."

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply