» » » » » » » » AL-Kisah: PAS dan Pok Ke Angguk...


Berpijaklah pada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran bahawa Islam itu agamamu dan Melayu itu bangsamu. 

Apa sudah jadi dengan Melayu dalam PAS. Mereka seolah-oleh tiada pegangan dan prinsip dalam perjuangan. Pemimpinnya hanya pandai mencari silap orang lain. Silap sendiri buat tak tahu saja. Pada orang lain semua tak betul. haram katanya. Kalau dia yang buat semua HALAL.

Nizar pernah menyatakan tiada satu bahagian pun dalam perlembagaan PAS untuk menubuhkan negara Islam. Jadi di mana rasionalnya perjuangan PAS tatkala dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh. 

Tengok sahaja negeri-negri di bawah pentadbiran kerajaan PAS. Indah khabar dari rupa. Slogannya "Negeri Berkebajikan" tapi hakikatnya ialah "Negeri yang penuh kedukaan". Masakan tidak rakyat di negeri-negeri tersebut hidup penuh dengan dahagakan pembangunan dan majoriti mereka menagih janji kerajaan semasa PRU 12 dulu.

Kedah dengan "tak tau"nya dan Kelantan dengan ladang rakyatnya apatah lagi dengan tokongnya yang hebat.

Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS sebenarnya. Kalau dulu memfitnah orang UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Tetapi kini segala ttuduhan itu berbalik kepada PAS kembali apabila meraka bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menentang Islam. PAS menjadikan golongan kafir HARBI (menentang Islam) sebagai kawan untuk menentang saudara seagamanya iaitu UMNO.

Puak PAS menentang UMNO yang sejak sekian lama mempertahan dan memperjuangan agama (Islam), bangsa dan negara semata-mata untuk menjadi pemimpin nombor satu negara sedangkan hakikatnya apabila mereka bekerjasama dalam Pakatan jelas PAS hanya digunakan (menjadi boneka) untuk memecah belahkan orang Melayu oleh DAP laknatullah bagi mencapai cita-citanya.

Hari ini DAP mengapi-apikan sentimen perkauman dalam setiap ceramahnya dan mereka berjaya apabila semua kerusi yang mereka tandingi dalam pilihanraya mereka menangi. Sedangkan PAS adalah sebaliknya. Hakikat di dalam pakatan PAS hanya menjadi pak turut, "pak angguk" sahaja apabila segala keputusan dipengaruhi oleh DAP. Ibaratnya PAS membantu pakatan menang dalam pilihanraya tetapi PAS tidak mendapat apa-apa manfaat atas perjuangannya melainkan tahinya sahaja. (tengok gambar dibawah)



Jadi di manakah rasionalnya slogan PAS GANTI UMNO sedangkan hakikat sebenar yang berlaku adalah DAP GANTI PAS.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply