» » » » Mahfuz indah khabar dari rupa...!!!


Mahfuz rakus, angkuh

KUALA LUMPUR 5 Mei - Sikap biadab Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menggunakan bahasa kesat di laman sosial Twitter membuktikan kerakusan dan keangkuhan cara berpolitik beliau dalam merebut kuasa.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mungkin Mahfuz sudah hilang pedoman dan tidak menghiraukan adab budi bahasa dalam usaha terdesak beliau untuk memenangi semula hati pengikutnya.
"Demi kepentingan politik, Pas sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk agama dan bangsanya sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap biadab Mahfuz yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat berhubung reaksinya tentang isu penyatuan UMNO dan Pas di laman Twitter Naib Presiden Pas itu Sabtu lalu.
Mahfuz berkata: "Kalau dah Melayu kuasai BN (Barisan Nasional), apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini.''

Jelas Hishammuddin, cara pendekatan pemimpin Pas itu digambarkan seperti pepatah "menang sorak, kampung tergadai" dengan menyamakan sikap Pas yang menyorak kejayaan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini. - utusan

PS; pemimpin PAS ini merupakan seorang pemimpin yang tidak ada jati diri, tiada semangat cintakan bangsa dan negara. Kalau dah tahu Melayu kuasai BN tak payah lagi ada parti lain yang cuba tunjuk lagak nak bela Melayu dan Islam. Bubarkan saja PAS. Bubarkan saja PKR. Buat menyemak saja. Di mana Islam yang diperjuangkan bila timbul soal perpaduan. Islam di ambil setengah-setengah seperti yang selalu PAS kata kepada UMNO. Nah sekarang segala tuduhan berbalik kepada PAS semula.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply