» » » » » Islam PAS hanya manis dibibir...


Sokongan PAS kepada himpunan BERSHIT 2.0 menggambarkan satu persepsi negatif lain kepada PAS. Dengan mendapat sokongan tidak berbelah bahgi daripada Timbalan Presiden PAS yang baru, Mat Sabu telah menampakkan lagi kebobrokan PAS.

Seperti yang diketahui umum BERSHIT 2.0 diketuai oleh S.Ambiga, seorang peguam wanita yang pernah mengguris perasaan umat Islam apabila terlibat dalam Suruhanjaya Antara Agama atau Inter Faith Commission (IFC).

Apa yang dituntut oleh IFC antaranya ialah "seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi Islam." Di samping 13 lagi tuntutan lain yang dilihat amat mencalar dan menggugat agama Islam.

Walaubagaimanapun makhluk ini dilihat seolah-olah dijunjung sebagai heroin oleh orang Islam dalam PKR dan PAS. Alasannya ialah perjuangan Ambiga kini kononnya ada persamaan dengan perjuangan mereka.

Sungguh mudah puak-puak PAS dan PKR yang Melayu Islam ini lupa akan "ANCAMAN" Ambiga dan konconya kepada kemurnian dan kesucian Islam melalui tuntutan IFC tersebut.

Dengan ringkasnya boleh disimpulkan bahawa menyokong Ambiga (BERSHIT 2.0) seolah-olah menyokong IFC dan segala tuntutannya. Ini bermakna jika puak-puak PAS dan PKR (Melayu Islam) yang turut serta dalam himpunan haram tersebut, mereka seolah-olah menyokong tuntutan IFC dan juga seolah-olah mereka menyokong statement penulis di perenggan ke tiga di atas.

Buka minda, buka hati, telusuri keagungan-Nya...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply