» » » » » » » APA PAS JUMUD???

 

Bilalah agaknya PAS boleh kembali kepada perjuangan asalnya. Sudah semakin parah nampaknya penyakit PHD dalam PAS ini sebenarnya. Mereka boleh menggunakan agama untuk memperbodohkan rakyat tetapi harus diingat rakyat tidak mungkin selamanya akan diperbodohkan. Dalam isu dakwat dan biometrik ni lagilah ana rasa semakin menampakkan kebobrokan PAS. Semua yang kerajaan buat nampak tak betul. Agaknya kalau pilihanraya dia menang semua kerusi barulah betul agaknya...

Ikuti entry dibawah yang ana copy & paste dari blog the flying kick.
--------------------------------*----------------------------------
Apa pula yang dimerabankan oleh Timbalan Perdana Menteri nih?

Apasal pula Muhyiddin Yassin kata PAS jumud sangat bila menolak sistem biometrik untuk memastikan pilihanraya yang lebih adil dan bersih? PAS menentang sebab ada orang bagitahu PAS yang biometrik mudah ditipu. Tak macam celup jari dengan dakwat kekal. PAS bukan menentang kemajuan, tapi ada orang bagitahu PAS, kena tolak biometrik sebab biometrik hanyalah 'besi yang tidak boleh dijadikan saksi'.

Memang mengarut betul Timbalan Perdana Menteri nih...

PAS tidak mahu guna kaedah menipu yang digunakan oleh kebanyakan negara dalam dunia ini. PAS mahu menjadikan Malaysia dalam kelompok 20 negara yang masih guna celup jari dengan dakwat kekal. Peduli apa dengan India yang tidak lagi menggunakan kaedah celup jari dengan dakwat kekal, sebaliknya menggunakan biometrik pada pilihanraya umum yang akan datang!!!

PAS berpendapat Malaysia mesti jadi seperti Afghanistan. Kalau berlaku kekacauan dan huru-hara akibat pilihanraya, itu lagi bagus. Sebabnya Afghanistan telah membuktikan, pada tahun 2004, kaedah celup jari dengan dakwat kekal, berjaya menyebabkan pertikaian dan penipuan undi untuk Hamid Karzhai... malahan, kemenangan Hamid Karzhai yang terbaru pun, juga diselubungi dengan penipuan dan pemerdayaan, terutama dengan menggunakan kaedah celup jari dengan dakwat kekal.

Lagipun kalau pakai biometrik, habislah isu... nak putar isu apa lagi tentang pengundi hantu. Nak kata biometrik menipu macam klip video Mythbuster yang digunakan oleh budak-budak pencacai Pakatan dalam blog masing-masing dan di Facebook, ada pula yang pandai-pandai kata, penggunaan kaedah biometrik tidak meninggalkan MyKad selain pegawai yang mengendalikan proses sebelum pengundi dengan pangkalan data kepada kaedah biometrik tersebut adalah Jabatan Pendaftaran Negara.

Muhyiddin Yassin memang mengarut sungguh bila kata PAS jumud dan ketinggalan sebab tolak kaedah biometrik!!!

PAS tak tolak kemajuan dan perubahan, tetapi PAS sebenarnya menolak sebarang kaedah yang boleh menyebabkan PAS kelihatan tolol dan bodoh dengan pembohongan-pembohongan yang dilakukan selama ni... rugilah segala usaha menghasut dan menipu... ingat senang ke nak menghasut dan menipu, lebih-lebih lagi kalau menggunakan agama!!!

Macam arwah Fadhil Nor nak lelong Putrajaya jugak dulu... mana pernah ada orang PAS berani ulang nak lelong Putrajaya lagi, bahkan orang PAS semua sibuk bercerita nak tawan Putrajaya... kakitangan kerajaan yang duduk di Putrajaya pun, ramai orang PAS!!!

Memang TPM memandai-mandai menuduh PAS jumud!!!

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply