» » » » Apa jadi apabila DAP GANTI PAS...???



Semenjak PAS berkawan dengan DAP dan PKR, keadaan politik negara banyak berubah. Antaranya ialah 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang. 

Satu persoalan: Diantara ketiga-tiga parti ini parti mana yang paling kuat dan paling berpengaruh? Pada pendapat ana PAS merupakan parti yang paling berpengaruh di antara tiga parti berkenaan. Namun yang peliknya dalam senario politik pembangkang kini kedudukan PAS adalah di ranking ketiga dalam senarai pembuat keputusan dalam parti gabungan secara haram itu. Ana berkata demikian kerana PAS mempunyai jumlah ahli paling ramai berbanding PKR dan DAP. 

Ironinya kebanyakan kemenangan pembangkang di setiap kerusi yang dimenanginya adalah kerana undi daripada penyokong PAS. Walaupun begitu kenapakah agaknya setiap keputusan politik yang dilihat mungkin akan memperkuatkan kedudukan PAS sering dibantah oleh rakannya terutama DAP? Sebagai contoh dalam isu arak di Selangor dan yang terkini isu penutupan pusat hiburan di Kedah. Di manakah kedudukan PAS sebenarnya dalam pakatan. Ataupun PAS hanya sekadar "menang sorak kampung tergadai.

Apakah nasib wakil rakyat PAS di Pulau Pinang. Hak untuk beliau memegang jawatan penting dalam kerajaan Pulau Pinang dinafikan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Dimanakah maruah PAS dan penyokongnya dalam isu ini. Sepatutnya PAS sebagai parti yang kononnya membangun bersama Islam diberikan jawatan utama dalam menguruskan hal ehwal Islam. Sedar atau tidak sudah banyak tanah wakaf di Penang yang sudah menjadi barang dagangan.

Realiti yang berlaku hari ini ialah PAS banyak membantu kemenangan pembangkang dalam PRU12 pada tahun 2008 namun apakah balasan yang diberikan kepada PAS oleh pakatan. Tidakkah PAS dan penyokongnya melihat apa yang berlaku di Pualau Pinang hari ini banyak merugikan Islam dan Melayu secara keseluruhannya. Adakah PAS masih tidak sedar akan semua ini...??? Ataupun sekadar membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja. Bukalah mata, bukalah minda, terimalah kebenaran.

Hakikat yang berlaku hari ini ialah apabila PAS cuba menegakkan ideologinya (menegakkan Islam (kononny)) iainya akan ditentang habis-habisan oleh DAP. Di manakah pula PKR yang pemimpinnya adalah Melayu dan Islam (Sheikh Anwar)? Adakah dia membela PAS...??? Jawabnya: Tidak sekali-kali Anwar akan membela PAS. Pak Sheikh ini hanya akan membela DAP saja.

Sedarlah wahai orang-orang PAS. Jangan terus biarkan diri anda dan perjuangan anda yang dulu dianggap suci tetapi kini terus dikotori oleh noda-noda perasaan hasad dan dengki sesama muslim. Jangan berterusan membiarkan diri anda di "keldaikan" oleh PKR dan DAP semata-mata kerana kuasa kerana semuanya telah nyata bahawa PAS hanyalah diperalatkan untuk kepentingan PKR dan DAP.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply