» » » GEGAR: Apa di sebalik penyebaran VIDEO SEKS...???


 Ana ada terbaca satu petikan dalam FB kawan ana yang menggesa supaya isu video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim terus di bincangkan agar isu ini terus dipandang sebagai isu yang penting kepada negara. Dan bagi ana isu video ini memang perlu diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.


Bagi ana kita bukan nak menuduh si pelakon dalam video itu berzina walaupun itu adalah hakikatnya. tetapi sebenarnya ialah peribadi sebenar individu yang melakonkan adegan dalam video itu. Jika benar watak dalam video itu adalah Anwar Ibrahim jadi pihak berkuasa harus menyampaikan segala kebenaran secara telus dan terbuka tanpa sebarang kesangsian kepada rakyat supaya rakyat boleh menilai.

Polis boleh menahan dan mendakwa mereka yang menayangkan video itu kepada umum tetapi apa tindakan polis kepada pelakon dalam video tersebut. Tindakan polis seolah-olah menggambarkan kepada masyarakat bahawa hanya menayangkan video seks tersebut yang salah manakala melakukan hubungan seks bebas ataupun dengan ringkasnya 'BERZINA' tidak salah. Negara luar mungkin boleh klasifikasikan sedemikian tetapi ini negara Malaysia dan majoritinya beragama Islam dan dalam Perlembagaan ada menyebutkan dengan jelas bahawa Agama Rasmi Persekutuan Adalah ISLAM.

Ada orang kata tuduhan sedemikian perlukan empat orang saksi. Ok baiklah. Kita ambil contoh ini. Jika isteri anda dirogol tetapi tiada saksi empat orang untuk mengesahkannya cuma yang ada ialah rakaman cctv. Anda buat laporan polis tetapi polis kata cctv tak boleh pakai kena bawa empat orang saksi. Sedangkan anda tahu bahawa watak dalam cctv tersebut memang sah isteri anda dan perogol tersebut. Apa perasaan anda???

Betul dalam Islam perlukan empat saksi jika tiada bukti lain. Boleh juga dibuktikan dengan sumpah laknat. Jika satu pihak telah bersumpah laknat dan satu pihak lagi tidak bersumpah. Maka secara teorinya orang yang tidak bersumpah boleh disabitkan kesalahan. Jika kedua-dua bersumpah laknat maka terpulanglah kepada kebijaksaan hakim untuk menentukannya bergantung kepada bukti yang ada. Secara islamiknya Allah yang akan membalas perbuatan mereka ini. Ini adalah kerana sumpah laknat bukan perkara main-main terutamanya jika ia melibatkan orang Islam. Kalau ana la ana tak sanggup sumpah laknat kalau ana betul-betul buat dosa.

Pada pandangan ana Eskay bukan nak tunjuk sangat video seks tersebut tapi katanya itu bukan kali pertama watak dalam video itu melakukan perkara tersebut. Jadi pada pandangannya rakyat perlu tahu wajah sebanar individu dalam video tersebut. Kerana individu dalam video tersebut menurut Eskay bukan orang sembarangan. Dia ialah bakal Perdana Menteri Malaysia jika parti yang dipimpinnya menang dalam pilihanraya. Jadi baginya beliau perlu melakukan sesuatu walaupun perkara tersebut boleh menjejaskan namanya. Baginya rakyat perlu tahu perkara sebenar dan pemimpin yang mempunyai peribadi seumpama itu tidal layak untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

NOTA:-
Percaya atau tidak sudah banyak kes dapat diselesaikan dengan hanya berpandukan bukti bergambar mahupun cctv ini. Sebagai contohnya saman ekor. Ramai rakyat di negara ini di saman kerana dikatakan memandu melebihi had laju. Bukti yang ada ialah gambar kereta dan nombor pendaftaran yang terdapat pada kereta tersebut. Maafkan ana jika entry ana ini menyentuh sensitiviti individu, agama dan bangsa yang lain.

Buka hati, buka minda, telusuri keagungan-Nya...
Renung-renungkan dan selamat beramal.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply