» » » » BEKAS AHLI DAP SERTAI PERKASA !!!


Bekas ahli DAP,Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.Mohamed Razali juga melahirkan kekesalan kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP,beliau menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam.

"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.Bagi menebus kesalahan,saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya.


UTUSAN melaporkan Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang.Pada majlis itu,beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan,Muhammad Zahid Md. Arif.Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri,Datuk Ahmad Saad.Menurut Mohamed Razali,beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP.

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong,Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.Menurut wakil rakyat DAP itu,beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu,Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.Beliau,berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

source: badutrakyat

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply