Ana bagai kelu untuk berbicara apabila terbaca berita ini. Namun apa boleh buat apabila kuasa bukan lagi menjadi milik kita. Macam-macam orang boleh buat. Lagipun halau menghalau dan tutup menutup ni dah menjadi hobi kerajaan DAP Pulau Pinang. Kalau ADUN pun dia boleh buat apala sangat yang ada oleh rakyat marhaen yang lain. Buka hati, buka minda, telusuri keagunganNya....
Ikuti laporan di bawah yang dipetik dari utusan online...
Tutup pusat komuniti ADUN: Kerajaan Pulau Pinang rakus
27/07/2011 1:40pm
BUTTERWORTH 27 Julai - Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang mengarahkan premis Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga dikosongkan, sebagai tindakan rakus dan merugikan rakyat.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, pusat itu menjadi tempat pertemuan wakil rakyat dengan penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk dan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
"Yang datang ke pusat itu pun bukan penyokong Barisan Nasional (BN) sahaja, ramai orang Pas yang kebanyakannya nelayan datang minta bantuan, saya terima kehadiran mereka dan hulurkan bantuan sewajarnya tanpa memikirkan latar belakang politik.
"Tetapi sifat rakus kerajaan negeri yang tidak peduli kepentingan rakyat inilah yang merugikan rakyat, buat ikut suka dan tidak ada perancangan. Saya tiada kepentingan peribadi, pusat itu adalah untuk rakyat,” katanya. - Bernama
No comments: