» » » » » PANAS: Lagi pendedahan kes liwat Anwar...

SD Johari : Saiful Cerita A To Z Kepada Ezam, KY Jelly, Karipap…


AIDCNews – 17/07/11 – “Semua dicerita (Saiful kepada Ezam) dari A to Z. tentang KY Jelly, karipapnya, macam-macam, segala-galanya diceritakan pada malam itu”, kata SD Johari Yassin, mengesahkan bahawa beliau turut berada semasa saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan berjumpa dengan Senator Ezam Mohd Nor, pada lewat malam, 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian didakwa aktiviti liwat itu berlaku.
“Saya yakin (dengan cerita Saiful). Memang menyakinkan. Menimbulkan kegerunan kat kita. Cerita betul ke cerita tipu ni kita boleh rasa….Kita boleh tahu. Rasa menyirap darah. Rasa macam…kita dapat rasa. Kesungguhan dia bercerita, cara kekesalan dia yang berlaku sebagainya. Kita dapat rasa…” katanya menggambarkan pertemuan itu di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang.
Berikut disediakan transkrip wawancara AIDC dengan SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan
AIDC : Difahamkan Ezam ada berjumpa Saiful pada malam 27 haribulan. Adakah saudara juga ada masa itu?
SD Johari : Masa tu kita baru balik dari program ceramah di Batu Kurau, Perak. Memang kita berjumpa dengan Saiful. Saya ada dalam tu. Ghani, Azwanddin pun ada tapi mereka duduk dalam kereta. Memang Ezam berjumpa dengan Saiful di Tol Rawang.


NOTA: Kebenaran memang sudang terang lagi nyata. Mengapakan begitu sukar bagi penyokong pembangkang untuk menyatakan kebenaran. Adakah kerana malu ataupun takut kehilangan kuasa yang ada. Apa yang nyata ialah Anwar seolah-olah cuba melengahkan kes ini dengan pelbagai karenah. Kalau betul dia tidak terlibat kenapa harus dilengahkan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini dan kebetulannya perbicaraan kes liwat ini akan bersambung pada 8 Ogos 2011 dalam bulan Ramadhan 1432H, akan mendedahkan tembelang sebenar pemimpin yang diagung-agungkan oleh puak-puak pakatan haram ini. Apa yang hebat sangat si Anwar ini sehingga ia digelar "Anugerah Tuhan" walaupun hakikatnya dengan segala tindak-tanduknya dan segala permasalahan yang ditimbulkannya kepada RAKYAT dan negara dia hanya layak digelar sebagai "Anugerah Syaitan".

Buka hati, buka minda, telusuri keagungan-Nya.more: http://www.anwaraidc.com/

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply