» » » » » PANAS: Mat Sabu cabar Anwar untuk ANUgerah Oscar...???


Diberitakan semalam bahawa Mat Sabu telah hadir ke Sidang DUN Selangor dengan berkerusi roda dan berkain pelikat. Beliau dikatakan cuba untuk menarik perhatian orang ramai kepadanya kerana kagagalan kempen Perhimpunan Haram BEERSHIT 2.0. Beliau mungkin juga berharap reputasinya sebagai Timbalan Presiden PAS akan kembali pulih dengan simpati penyokong kepadanya dengan berkerusi roda dan berkain pelikat kononnya cedera kerana terlibat dalam Perhimpunan Haram terbabit.

Beliau yang ditemani Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan timbalannya, Khalid Abdul Samad hadir jam 1.30 tengah hari sebelum memanggil pemberita untuk sidang media di lobi DUN.

Pada sidang media yang turut ditemani beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang lain, Mohamad sempat ketawa di depan pemberita sebelum mendakwa cedera ligamen kaki kanan apabila dirempuh kenderaan ketika menunggang motosikal, Sabtu lalu.

“Pasukan keselamatan merempuh dengan kenderaan ketika menunggang motosikal ketika saya menyertai (perhimpunan haram) BERSIH Sabtu lalu. 

“Polis bertindak kasar dalam perhimpunan itu sehingga saya cedera. Polis sudah jadi samseng bukan menjaga keamanan dan apa yang berlaku menunjukkan tahap keselamatan paling memalukan," katanya. 

Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan mendapatkan rawatan lanjut dengan menjalani pembedahan untuk memasukkan plat besi pada kakinya. 

Mohamad antara pemimpin pakatan pembangkang yang ditahan ketika menyertai perhimpunan haram BERSIH di ibu negara Sabtu lalu.

Sumber: N9kini.com/maelpengerang.blogspot.com

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply