» » » » PANAS: UST ZAMRI pun Join BERSIH ke...???


"Assalamualaikum adik-adik semua...apa khabar? Sudah bersedia untuk mengaji hari ini? Hari ni Ustaz nak mengajar macamana nak huru-harakan negara. Kalau adik-adik nak tahu, SPR di negara kita ini tidak bersih dan tidak adil terhadap parti yang Ustaz sokong.

Oleh itu, Ustaz dan adik-adik sekelian, haruslah membuat demonstrasi jalanan untuk mendesak SPR yang tidak adil itu.

Lagipun, 5 buah negeri yang dimenangi oleh parti yang Ustaz sokong membuktikan bahawa SPR tidak adil. Sepatutnya, parti yang Ustaz sokong tu mesti kalah di semua kerusi DUN dan Parlimen. Kalau kalah semua, barulah SPR itu adil dan bersih dalam pilihanraya yang diuruskannya..."


Agaknya, begitulah yang Ustaz Zamri ni ajar kat budak-budak dalam program Mari Mengaji selepas selesai rakaman.

Ustaz, saya sebenarnya tak kisah langsung sama ada ustaz nak sokong mana-mana parti sekali pun. Nak sokong parti Likud kat Israel sinun tu pun saya tak kisah. Saya pun tak kisah kalau Ustaz nak terlibat dalam gesaan untuk menuntut 8 perkara yang Bershit minta tu. Itu pun saya tak kisah sebenarnya...

Tapi kan Ustaz, yang saya kisahkan ialah penyertaan Ustaz dalam menghuru-harakan ibu negara. Yang saya kisahkan ialah sikap Ustaz yang menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong. Yang saya kisahkan ialah cara Ustaz desak tu tak kena langsung dari segi hukum agama Islam!

Ustaz tak dengar ke apa yang Majlis Fatwa dan Mufti-Mufti Kerajaan Negeri katakan mengenai perhimpunan Bershit tu? Ustaz tak dengar ke titah DYMM Yang DiPertuan Agong, DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Pahang, yang melarang rakyat untuk menyertai perhimpunan pimpinan Ambigam itu?

Ustaz, saya fikir, Ustaz sudah tersalah langkah dalam hal ini dan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap Ustaz. Ustaz tak malukah menyertai demonstrasi yang melumpuhkan ibu negara dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara, peniaga dan penjaja kecil?

Seperkara lagi, kalau Ustaz berminat sangat nak join Bershit dan menjadi alat mainan politik pembangkang, sila letak jawatan di TV9. Join politik terus. Mintak jawatan dari PAS, PKR atau DAP. Lepas tu bertandinglah di pilihanraya.

Memandangkan Ustaz seolah-olah menyatakan pendirian Ustaz sebagai penyokong dan alat mainan politik Pakatan Haram, maka secara automatik, Ustaz sudah menjadi seteru politik kami semua, para blogger pro-Kerajaan. Saya harap Ustaz jangan kecil hati kalau kami serang Ustaz...biasalah, itukan rencah politikussss...

Tapi walaubagaimanapun kita bermusuh dalam medan politik, saya tetap menganggap Ustaz sebagai saudara seagama saya. Sebenarnya, saya risaukan Ustaz kerana secara tidak sedar, Ustaz telah menyokong seorang yang anti kedaulatan Islam di negara ini kerana menyokong Ambiga. Tentu Ustaz kenal siapa apa latar belakang Ambiga, bukan?

Justeru itu, saya fikir, sebaiknya Ustaz undur diri dari terus menjadi "duri dalam daging" di TV9. Tapi, kalau Ustaz tak malu atau tidak punya rasa malu langsung, Ustaz boleh terus buat muka tembok dan terus berada di Media Prima itu. Saya tidak tahu sama ada Ustaz punya rasa malu atau tidak lagi selepas menyertai Bershit 2.0!

Sumber: 
myKMU.net
 
NOTA: Sungguh ramai manusia yg mencari tapak untuk mengejar nama melalui platform "kerajaan" sepertimana yg dituduh pembangkang seperti TV3 dan sebagainya. Akhirnya manusia ini menyepak platform itu setelah dirasakan boleh berdikari... Renung-renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply