» » » » » » HANGAT: Orang Melayu Wajib Baca!!!


Ana tertarik dengan satu berita dalam Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk

Punca DAP mahu tarik sokongan Melayu

Jom kita kongsi petikan ucapan dari penganalisis politik Mohd Roslan Saludin. Ana memang bersetuju dengan hujah beliau... jom klik untuk baca.

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Strategi DAP yang mahu meningkatkan pengaruh di kalangan orang Melayu adalah terbit daripada sikap paranoid dan kurang yakin kepada sokongan anggota daripada parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Penganalisis politik, Mohd. Roslan Saludin berkata, selama ini DAP memendam rasa terutama di negeri yang diperintah oleh Pas dan PKR apabila merasakan diri mereka tidak begitu berkesan dalam mengenengahkan agenda sebenar perjuangan parti berkenaan.
"Oleh itu DAP merasakan mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengenengahkan calon Melayu daripada parti itu sendiri bagi memenuhi keperluan teknikal pelantikan orang Melayu sebagai ketua negeri khususnya di negeri yang mempunyai Raja atau Sultan.
"Ini menyerlah sikap angkuh DAP terhadap kemampuannya meraih sokongan orang Melayu untuk dijadikan pemimpin boneka dan alat semata-semata bagi mencapai matlamat perjuangan politiknya sekali gus memperlekeh kemampuan orang Melayu dalam memelihara maruah mereka dan menjadikan mereka ibarat kuda tunggangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Kit Siang dalam wawancara bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat 'keputusan yang sukar'.
Bagaimanapun, Mohd. Roslan berkata, sama ada strategi DAP itu berhasil atau tidak adalah bergantung kepada sejauhmana orang Melayu sanggup dijadikan alat atau tunggangan bagi memuaskan nafsu DAP memerintah negara ini.
Menurut beliau, Sejarah Melayu dan Nusantara telah banyak memberikan contoh pemerintahan boneka yang pernah berlaku khususnya apabila British melantik Residen menjadi penasihat di istana beberapa buah negeri di Tanah Melayu.
Justeru, kata beliau, orang Melayu harus sedar, sekiranya mereka terjebak dengan perangkap politik DAP itu maka bukan sahaja maruah mereka sebagai orang Melayu akan tergadai malah kemerdekaan yang dibanggakan selama ini akan menjadi sia-sia.
Katanya, ini kerana negara akan kembali menjadi bangsa yang terjajah seperti mana pada zaman penjajahan British dahulu, cuma pada kali ini bukan British yang memerintah dan menjajah tetapi DAP.
Beliau berkata, seperti mana British pada satu ketika dahulu yang tidak yakin dengan kemampuan untuk memerintah Tanah Melayu tanpa sokongan Raja-Raja Melayu pada ketika itu, sehingga terpaksa mencari helah menyokong pihak yang bertelagah di kalangan kerabat diraja dan menyokong pihak yang sanggup jadi boneka dan menerima residen British.
Ia, ujarnya, sama seperti DAP yang juga akan sentiasa mencari ruang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu dan akan berusaha mencari boneka di kalangan orang Melayu yang mereka boleh tunggang kerana cubaan berpakat dengan PAS dan PKR telah terbukti bermasalah dan tidak mampu memenuhi kerakusan nafsu serakah politik DAP.
Bagaimanapun, tegas beliau, pakatan yang cuba mereka gunakan bagi menjayakan hasrat memerintah negara ini dilihat begitu rapuh dan goyah.
"Selain dari banyak masalah dalaman yang melanda setiap daripada parti dalam pakatan, DAP sedar ia bakal turut menjadi korban sekiranya pakatan pembangkang gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat seperti yang dijanjikan sebelum ini.
"Kini Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir dan DAP terdesak dan harus bersedia dengan alasan, strategi atau jalan keluar yang bakal mereka gunakan bagi menghadapi pilihan raya dan pengundi yang kecewa dengan prestasi pakatan pembangkang.
"Oleh itu, strategi yang terbaik ialah mencari boneka di kalangan orang Melayu. Kalau British boleh, tidak mustahil DAP juga boleh mencari boneka di kalangan orang Melayu," katanya lagi.

NOTA: Percayalah hanya orang Melayu yang bodoh, bengong lagi bangang  je yang akan rela menjadi talibarut kepada DAP Cauvinis ini. Dimanakah letaknya maruah Melayu PKR da PAS...??? Anda fikirlah sendiri...

Buka hati, buka minda, telusuri keagungan-Nya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply