» » » » » » PANAS: Cara DAP ingin menguasai politik Malaysia...






Dalam temubual Lim Kit Siang dengan portal malaysiakini beliau ada menyatakan hasrat DAP untuk bertanding dikawasan yang majoriti Melayu walaupun hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.

Ana berpendapat ini adalah perancangan strategik DAP untuk menguasai politik Malaysia. Ini adalah kerana dalam senario politik hari ini DAP dilihat sebagai "chief" sebenar di dalam pakatan walaupun yang tertulisnya ialah Anwar Ibrahim adalah ketua pembangkang. Usaha yang dibuat oleh DAP dilihat cuba meniru taktik dan strategi abang besarnya di Singapura iaitu PAP yang suatu ketika dahulu telah menggunakan strategi yang sama dan mereka berjaya mempengaruhi orang Melayu dan saksikanlah sendiri apa yang orang Melayu Singapura dapat hari ini.

DAP berhasrat untuk meletakkan calonnya di Kedah dan Kelantan. Di sini kita dapat melihat dan membaca strategi yang dibuat oleh DAP walaupun bicaranya amat manis untuk didengar iaitu alasannya ialah untuk memperlihatkan seolah-olah pakatan pembangkang mempunyai hubungan yang baik. Apa yang nyata ialah tindakan berkenaan adalah untuk mempastikan bahawa dikalangan parti pembangkang DAPlah yang mempunyai kerusi terbanyak dalam parlimen jika pakatan menang dan sekaligus DAP dapat menjadi bukan sahaja Menteri Besar malah Perdana Menteri.

Tidakkah rakyat Malaysia dapat melihat taktik DAP ini. Sanggupkah rakyat Malaysia dipimpin oleh sebuah parti yang secara terangan bersikap CAUVINIS ini. Kepada penyokong PAS terutamanya tidakkah mereka dapat melihat ini semua sebagai suatu ancaman kepada kuasa raja-raja Melayu dan juga kuasa pemerintahan orang Melayu Islam. Memang negara kita sebuah negara demokrasi tetapi harus diingat Malaysia adalah sebuah negara yang majorinya beragama Islam. Kita mesti menolak DAP kerana DAP adalah sebuah parti yang secara terang-terangan menolak Islam.

Jika dapat dilihat gerakan yang dibuat oleh DAP ini amat licik sekali iaitu dengan menggunakan individu ataupun pemimpin-pemimpin yang berpentingan dalam PAS dan PKR sebagai tunggangan. Sebagai contohnya Anwar Ibrahim yang terkenal dengan "kehidupan misterinya" yang mana rahsianya diketahui oleh pimpinan DAP. Manakala pemimpin PAS pula digulakan dengan ketamakan kuasa dan perasaan dendam kesumat. Maka jika perkara ini berterusan yakin dan percayalah tidak mustahil rancangan dan agenda DAP ini akan menjadi kenyataan dan tidak mustahil orang Melayu dan Islam akan sekali lagi akan merempat di bumi sendiri dan akhirnya Melayu hanya akan kekal nama sahaja iaitu "Malay"sia.

Apa yang nyata ialah kewujudan PAS itu sendiri bukan untuk memperkuatkan perpaduan Islam tetapi sebenarnya telah memecah belahkan perpaduan umat Islam. Ana tuduh bukan sebarang tuduh tetapi bukti ada di depan mata sebagai contoh kewujudan surau-surau dan masjid PAS ia sebenarnya telah memecahkan perpaduan umat Islam secara nyata.

Bersambung...

Buka hati, buka minda, telusuri keagungan-Nya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply