» » KES-KES MURTAD...

Salam Ramadhan,
Sudah agak lama ana tidak menulis dalam blog ini. Maklumlah bulan Ramadhan bulan yang barakah dan banyak keistimewaannya. Jadi inilah masanya untuk memaksimumkan amalan yang membawa kita dekat kepada Allah.

Walaubagaimanapun, isu murtad yang sedang  hangat dibincangkan kini mencuit hati nurani ana untuk menulis pada hari ini. Semoga ianya memberi iktibar kepada semua...

Kes-kes ini berdasarkan laporan oleh Peguam Syarie ZULKIFLI NORDIN.

KES NUR AISHAH BUKHARI

Aishah adalah gadis Melayu yang didedahkan dengan ilmu agama sepatutnya tidak akan murtad. Latar belakangnya yang berpendidikan agama, melayakkan dirinya menjadi ustaah serta layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al-Azhar.
Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya seorang Imam, dia menghafal Surah Yasin yang mana mereka tahu ayat apa, surah ke berapa yang dicanya, ayat apa yang jadi azimatnya, semua dia tahu. Itu hebatnya Aishah. Surah Sajadah pun dia hafal.
Aishah dapat masuk UiTM dan terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Injil. Dari segi keterampilan dia seorang perempuan Melayu biasa, pakai tudung dan berbaju kurung.
Setiap hari dia menelefon bapanya melaporkan isu terkini. 2 tahun begitu kali terakhir dia menelefon 19 November 1997, memberitahu dia telah Kristian.
Bayangkan hati seorang bapa, kita sendiri hairan bagaimana dia boleh murtad. Puncanya Nur Aishah ingin berkahwin dengan lelaki bernama Joseph Arnold Lee tetapi ditentang oleh bapanya, Hj. Bukhari.

KES HARTINA KAMARUDDIN

Seorang gadis bernama Hartina Kamaruddin berjaya dipengaruhi sehingga murtad dengan menganut agama Hindu.
bapanya seorang penjual satey di Perak telah berusaha keras untuk memulihkan semula akidah anaknya tetapi dia dibelasah dengan teruknya oleh teman lelaki anaknya.
Apa hartina buat masa itu? Hartina papah kekasinya dan biarkan bapanya sendirian. Tidak cukup dengan itu dia pergi ke balai polis dan membuat laporan bahawa bapanya memukul teman lelakinya. 14 hari bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap akibat laporan yang dibuat Hartina.
Tidak cukup dengan itu bapanya disaman RM3 juta dan diheret ke penjara kerana anak sendiri malah dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Nivasni Rajeswari.
Sewaktu keluar dari hospital Hj. Kamaruddin dan anak lelakinya ditangkap polis untuk disoal siasat atas dakwaan melakukan tembakan.
Hj. Kamaruddin berpegang Kitab Yusuf Qardawi menyatakan hendaklah mempertahankan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Hj. Kamaruddin buat dalam mempertahankan hukum Allah terpaksa ditaha  lokap.

KES Suzie Teoh (Nur Aini)

Seorang gadis dari Kelantan, umur 16 tahun telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya telah mengemukakan saman kepada Majlis Agama Islam negeri Kelantan.
Kes itu dibicarakan di mahkamah agar mengisytiharkan anaknya tidak sah masuk Islam kerana masih di bawah umur. Ketika itu Tun Salleh Abas yang menjadi hakim.
Apabila berhadapan dengan kes Suzie, menangis Tun Salleh kerana terpaksa membuat perisytiharan itu.
Di bawah perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk di bawah jagaan ibu bapanya, selagi belum cukup 18 tahun. Jika hendak menukar agama oerlu kebenaran ibu bapanya.
Di atas kebijaksaan dan iman Tun Salleh Abas beliau simpan fail tersebut selama 2 tahun dan selepas hari jadi Suzie yang ke 18 tahun beliau buka semula fail itu dan memberi peluang Suzie mengisytiharkan agamanya sendiri.
"Saya Yang Arif, kekal dalam agama saya, saya masih Nur Aini", maka Tun Salleh dengan bangganya mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini.
Selamat Akidah seorang gadis dan atas sebab itu jugalah Tun Salleh dibuang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes terbabit.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. KES Suzie Teoh (Nur Aini)

    saya MUHAMMED BILAL EL-HAFIZ anak kepada (NUR AINI) ingin membetulakan nama sebenar Nur Aini (SITI KHADIJAH TEOH BINTI ABDULLAH) dari selayang selangor dan menetap di kelantan. sejak tahun 2001 emak dan keluarga TEOH ENG HUAT terjalin erat sampai sekarang. alhamdulillah :)

    ReplyDelete